(◕‿◕) whatever you are, be a good one (◕‿◕) (◕‿◕) Nur Ainil Akhma Binti Bahtiar (◕‿◕)

Saturday, December 28, 2013

Berb!cara Tentang C!nta

dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih..
alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di sini...
kali ini, tertarik untuk aku berbicara tentang cinta...

cinta merupakan satu perasaan yang luar biasa hebatnya...
memberi semangat dikala kita lemah...
mengubah wajah yang suram menjadi ceria...
menukar kata-kata yang kasar berbunga-bunga...
oh..indahnya cinta...
itulah nikmat yang indah buat kita...
akan tetapi ramai yang tewas di tangannya...

cinta kepada Allah,
akan menjadikan kita utuh di jalan dakwah,
mampu melangkah dengan gagah,
kerana yakin janji2 Allah yang indah...
cinta kepada Allah,
akan menjadikan kita iri hati kepada orang lain yang banyak ilmunya tentang Allah,
membuatkan hati kita menjadi gundah,
lantas mengatur langkah mencari arah,
mencari guru mengenal Allah...
cinta kepada Allah,
tak akan membuatkan kita berasa lelah,
dalam membuat amal ibadah,
kerana semuanya hadiah,
tanda syukur kepada Ilahi..

indahnya cinta berTuhan...subhanalllah...

cinta kepada Rasul,
menjadikan aku insan bersyukur,
adanya dia sebagai guru segenap kehidupan,
menjadi teladan sepanjang zaman...
cinta kepada Rasul,
menjadikan aku pencinta kepada pejuangan,
penerus dakwah menegakkan kebenaran...
cinta kepada Rasul,
membuatkan airmataku sentiasa menitis,
mengenangkan pengorbanannya yang bukannya sedikit,
memastikan islam terus bangkit,
walau diri terpaksa dihina,
baginda tetap meneruskan usaha,
demi agama yang tercinta..

Ya Allah,izinkan aku bertemu kekasihMu di akhirat kelak...

cinta kepada ayah dan bonda,
membuatkan aku rase bahagia,
dijaga rapi bak sekuntum bunga,
disiram dibaja dengan ilmu agama...
cinta kepada ayah dan bonda,
menjadikan aku nekad tidak mahu menjadi insan yang sia-sia,
tak sanggup aku menconteng arang ke muka mereka,
kerana jasa mereka tidak terhingga,
berusaha menjaga amanah Allah yang besar anugerahnya...
cinta kepada ayah bonda,
membuatkan aku rindu menatap wajahnya,
insan yang banyak mengajar aku mengenal dunia,
yang dipinjamkan oleh Allah buat sementara,
dan pasti akan di ambil mereka bila-bila masa...

Wahai Allah, Kau peliharalah ayah dan bondaku sepertimana mereka memelihara kami sejak kami kecil hingga dewasa.

aku tidak mampu berbicara tentang cinta kepada si suami kerana masanya belum tiba lagi..
tetapi yang pasti,

cinta kepada bakal imamku,
mendidik aku supaya menjaga hubunganku dengan Ilahi,
kerana Dialah yang mengatur jodoh dan pertemuan kami...
cinta kepada bakal imamku,
menjadikan aku lebih bersedia fizikal dan mental dalam menghadapi hari muka,
untuk bersama melayari bahtera rumah tangga..
cinta kepada bakal imamku,
menjadikan aku lebih matang dalam merancang hari-hari yang mendatang,
supaya baitul muslim yang di bina mendapat keredhaan Allah...

Ya Allah,sesungguhnya Engkau mengetahu apa yang terbaik buatku,
Engkau lebih memahami akan diriku,
Maka Engkau satukanlah kami atas dasar cinta kepadaMu..

cinta itu fitrah,jangan jadikan cinta itu satu fitnah...
semoga Allah pelihara cinta kita...

~tiada yang lebih indah selain cinta Ilahi~

Monday, November 25, 2013

Cinta Buat Yang Tersayang

waktu perkenalan kita dahulu
ketawa riang sering kali menitip dari bibir ke bibir
senda tawa memecah suasana sunyi
bagaikan hanya kita berdua didunia ini
walau wajahmu saat itu belum mesra dipandangan mataku
namun santun bicaramu menerbitkan kesetiaanku padamu
kau menambat hati yang keras ini
yang kononnya tiada lagi yang boleh mengetuk hati besi ini
hakikat terungkai saat kau bercanda denganku
sehingga membuatkan diri ini terpaut sayang padamu
lantas panahan cinta menusuk padu dihati kita
yang menjadi tanda bahwa kita saling sayang menyayang

begitu indah kisah yang kita lukis bersama
dilangit biru seluas samudera yang dindingnya
dihiasi senyuman awan berarak
duka gembira kita kongsi bersama
susah dan senang kita hadapi berdua
tanda cinta saling mencinta

kejauhan menjadi resepi cinta kita
kata rindu menjadi madah cinta kita
kesepian menjadi kasih cinta kita
pergaduhan menjadi santapan gelak tawa cinta kita
begitu mempersona ragam setiap babak cinta kita
dikaulah watak utama dalam episod cinta ini
yang menjadi penyembuh setiap sakit diri ini
yang menjadi penawar setiap duka diri ini
dikaulah kumbang merah suri diri ini

sayang janganlah cinta ini kita akhiri tanpa berjuang
janganlah cinta ini kita sulamkan dengan kesakitan
janganlah cinta ini kita benamkan dengan keperitan
janganlah cinta ini kita coretkan dengan kepiluan
janganlah cinta ini kita penuhi dengan kepalsuan

marilah bersama kita cipta kebahagiaan dalam cinta kita
agar cinta ini menjadi melodi indah dalam hidup kita bersama
sebagaimana cinta teragung adam dan hawa
sebagaimana cerita cinta romeo dan juliet
dan begitulah jua cintaku padamu Imam Ku



Bayangan Cinta

dalam melayari kesepian ini
aku merindui dirimu kasih
setiap nafas dan degupan jantung ini
seringkali memikirkan dirimu
betapa dirimu begitu bermakna
buat diriku kasih
walau kesepian ini amat menyakitkan
namun diri ini tetap menginginkanmu
kerna dirimu ibarat penyuluh
dini aku didalam hening kegelapan
lalu cahaya penyuluh itu menguatkan lagi api cinta kita
kesepian ini jua menerbitkan bibit bibit kasih sayang
kasih yang begitu tinggi nilainya
yang dikau hadiahkan khas buat diriku
tiada mungkin insan lain yang bisa berikan kasih ini pada diriku
walau rentak gerakku sampai keseantero dunia
makna kasih yang tiada duanya
lafaz doa buat dirimu tiada putusnya
melainkan ajal mengakhiri kasih ini
kau yang satu

Monday, November 18, 2013

Oh Masa

Masa lalu adalah satu pelajaran utk kita melalui masa hadapan...
jika masa lalu tidak mampu menjadi pengajaran buat kita, adakah kita akan mengulangi kesilapan yg sama di masa hadapan?
Adakah seumur hidup kita perlu dipenuhi dgn kesilapan yg sama?

Sesuatu yg perlu difikirkkan... fikirkan semula setiap kegagalan kita sebelum ini untuk mencapai kejayaan dimasa depan kita Insya'Allah...

Usik-Usik Hati Untuk Meyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan...

Tuesday, November 12, 2013

Selamat Har! Lah!r Buat Sahabat Ku


Cik Siti Nuratiqah 

Detik demi detik telah berganti menjadi tahun.
Langkah demi langkah pun telah dilalui.
Berbagai hal yang indah dan juga menyakitkan.
Semuanya pasti pernah terjadi 

Hari ini..

Dimana hari yang mungkin istimewa buatmu.
Atau mungkin sebagai hari perenungan buatmu.
Kerana hari ini hari kelahiranmu..
Tapi juga hari berkurangnya usiamu di Dunia ini..

Mungkin..
Banyak mimpi dan harapan..
Doa-doa pun dipanjatkan di hari kelahiranmu.
yang pastinya..
Untuk semua hal yg terbaik dan terindah.
Merubah sifat.
Merubah kepribadian.
Merubah pemikiran
Merubah semuanya menjadi lebih baik lagi..

Selamat ulang tahun.
Selamat hari lahir.

dan berduka untuk berkurangnya usiamu.

Hanya kata kata dan doa yang mampu terucap.
Untuk kamu yang hari ini berulang tahun.

DiKala hari bahagiamu datang..
Dari diriku terucap salam..
Semoga hari-harimu penuh kehangatan..
Disayangi keluarga dan teman seperjuangan..
Dan kepribadianmu semakin matang..
Sentiasa mendekatkan diri pada Tuhan..

Harapanku hatimu diliputi kedamaian..
Jauh dari rasa iri dan dendam..

Teriring sebuah ucapan selamat ulang tahun..
Semoga dirimu dianugerahi Tuhan
dan..
Kepribadian yang semakin menawan..

                                         
Daripada =) Cik Ain Niel

Sunday, November 10, 2013

Debu Kecil Itu

BismiLlah.
Assalamualaikum wa salam mahabbah.

Menjadi debu kecil untuk membina satu mahligai yang besar. Mana mungkin satu tamadun terbina tanpa struktur. Tanpa batu bata manakan struktur itu terteguh. Dan bata itu sendiri terhasil dari debu-debu kecil.

Mungkin kadang-kadang kita terfikir,
'layak lah aku untuk melakukan hal ini dan hal itu?'
'Mampukah aku untuk berjuang dan menempuh segala liku?'
'Usaha sekecil ini untuk membangun Islam seakannya tidak perlu..'

Tapi kita terlupa,di sebalik jayanya Sultan Muhammad alFateh membuka konstatinopel itu ada tentera-tentera yang setiap hela nafas berbakti. Di belakang Sultan Salahuddin ada ibu-ibu yang menyumbang tenaga menyediakan makanan dan merawat sesiapa yang luka.

Terlupakah kita pada kisah burung kecil yang menyudu air bagi memadamkan api marak menyala yang di dalamnya berada Nabi Ibrahim? apabila ditanya kenapa,jawabnya 'mungkin air ini tak mampu memadamkan api itu. Namun sekurang-kurangnya aku sudah berusaha dan punya jawapan andai ditanya Allah suatu hari nanti..'

Senyum, tanya khabar, berzikir. Walhal setiap sendi yang mengutip sampah juga bakal dikira. Kerana firmanNya,
   "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8)

Tapi andai berkeyakinan dan punya keupayaan, apa salahnya andai kita ke hadapan mengantikan Sultan Salahuddin dan alFateh membebaskan bumi alAqsa dan Syria. Apa salahnya andai kita membina impian tinggi ke Firdausi. Apa salahnya andai kita berusaha luar biasa demi syurga yang luar biasa juga indahnya. Tak salah kan? ;)

Usahalah.
Allah hitung.
Yakin.

Friday, November 1, 2013

Wan!ta !Tu Ada T!ga

Apa yang d'maksudkan dgn WANITA ITU ADA TIGA ???

JOM KITA RENUNG2KAN !!!


❁◕ ◕❁► Wanita Bagaikan Bunga , Mutiara dan Simpanan Yang Tidak Musnah ❁◕ ◕❁ 


Wanita itu bagaikan BUNGA yang cantik mempunyai keindahan yang menakjubkan tanpa kebudayaan dak ketaqwaan, maka dia adalah kesenangan yang sedikit yang akan layu tanpa mendatangkan sesuatu kepada pemiliknya


Wanita itu bagaikan MUTIARA yang menakjubkan pemiliknya dgn nilai cahayanya yang berkilauan, maka dia adalah wanita yang berkebudayaan tanpa disertai ketaqwaan, maka kebudayaan adalah teori yang tak ada gunanya tanpa penerapan dan budi pekerti


Wanita itu bagaikan SIMPANAN yang tidak musnah, iaitu wanita yang berpendidikan lagi solehah, maka ilmunya mendidiknya atas ketaatan serta memimpinnya kepada kebaikan dan pembaikan

❤ Jadilah sebaik2 wanita ^_^ 






Tuesday, October 15, 2013

Surat Kepada Kekas!h Hat!

Salam awak,

Malam ini saya tak dapat tido. Cik Lena saya tak tahu pergi ke mana. Jadi apa salahnya saya tuliskan surat ini untuk awak. Walaupun saya tak tahu sama ada perlu saya layangkan surat ini pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan harapan satu hari isinya sampai kepada awak. Saya maklum awak takkan baca tapi saya degil juga untuk menulis.

Awak, ini mengenai soal hati. Soal perasaan. Saya tak tahu bagaimana nak mulakan, tapi yang pasti pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama awak. Ada wajah awak. Ada tawa awak. Ada usikan awak. Ada ‘gila-gila’ awak. Pasti bahagia nanti kan? Andai memang awak yang boleh merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia kenapa tidak?

Seabad lamanya, saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya. Saya tak terlalu kesah seperti sekarang ini.Saya tak perlu serunsing seperti sekarang ini. Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan, akhirnya menjadi agenda utama otak saya. Untuk sesuatu yang saya tak pernah perasan selama ni rupa-rupanya berada di depan mata saya. Sesuatu itu adalah awak. Gila tapi cukup indah.

Bila awak ke utara, dan saya ke selatan, saya pening kadangkala. Mungkin ini namanya suatu proses pemahaman. Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama dapat berada di timur melihat matahari terbit. Saya pasti masa itu kita sudah selari.

Harapan saya, moga awak melihat perkara ini dengan betul-betul serius. Jangan jadikan kata-kata awak hanya gula getah yang dicampak ke longkang. Nanti pencemaran alam.
Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua.

Oleh itu saya simpulkan dalam 3 patah kata, saya sayang awak.

Yang benar,

Tulang rusuk awak sebelah lagi.

Wednesday, July 17, 2013

Doa Buat Mu Teman

Segala pujian itu hanya milikmu wahai Allah penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya. Ya Allah…Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Allah dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya...Ya Allah…Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Allah, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku...Ya Allah…Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Ya Allah…Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu...Ya Allah…Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Doa ku Untuk Mu Teman
By > Cik Ain Niel <

Sunday, June 23, 2013

Nifsu Syaaban

Hari ini hari terakhir bulan Rejab dan esok bermulalah bulan Syaaban...Seperti bulan Rejab, bulan Syaaban juga mempunyai kelebihan,keistimewaan dan kebaikannya yang tersendiri. Kalau bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban pula adalah bulan Rasulullah dan bulan Ramadhan pula bulan umatnya. Kalau bulan Rejab istimewa dengan Israk Mikraj manakala bulan Syaaban pula istimewa dengan Nisfu Syaaban. Bulan Syaaban ialah bulan menghapuskan dosa dan bulan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa....

Antara kebaikan dan kelebihan beribadat dalam bulan Syaaban ialah:

1). Barang siapa berpuasa tiga hari pada awal bulan Syaaban, tiga hari pada pertengahan, dan tiga hari pada akhir bulan Syaaban akan mendapat pahala seperti 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.

2). Doa orang-orang yang beriman akan dimakbulkan.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

"Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." (Riwayat: Abdullah Umar)


3). Mohonlah keampunan pada malam Nisfu Syaaban kerana pada malam itu pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini , pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba’, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya."


Begitulah sedikit sebanyak kebaikan,keistimewaan dan kelebihan bulan Syaaban. Marilah kita tingkatkan amalan kita dan rebutlah peluang yang ada.

Friday, June 21, 2013

Sebuah Perp!sahan Kepada Sebuah Pertemuaan



Sedihnya hati atas perpisahan ini. Mungkin juga bukan perpisahan tetapi satu pemutusan pada hubungan persahabatan. Aku rasa sedih. Sahabat harapanku telahpun aku tinggalkan yang selama ini menjadi pendorong untuk aku sentiasa berada pada landasannya. Aku tidak layak untuk bersahabat dengannya. Terasa hina diri ini untuk bersahabat dengannya. Ya Allah, hanya Kau sahaja yang mengetahui betapa beratnya hatiku pada peninggalan ini. Aku tidak sanggup menahan kesedihan pada ‘penghargaannya’. Aku tidak kuat.

Ya Allah, Ya Rahman…kuatkanlah aku, kuatkanlah aku, kuatkanlah aku sesungguhnya aku tidak kuat ya Allah atas pemergian ini. Namun aku tidak sanggup berada di sisinya, aku gembira berada di sisinya tetapi aku sedih atas ‘layanannya’, bertambahlah sedihku untuk meninggalkannya. Semoga Kau akan kurniakan aku sesuatu yang lebih baik..hanya pada-Mu aku berserah, hanya pada-Mu aku memohon pertolongan, sesungguhnya Kaulah zat yang paling menghargai apa yang aku lakukan untuk-Mu ya Allah..

Tuesday, June 18, 2013

Bangk!t Semula

"ain harus bangkit dari semua nie". betul cakap en.kaunselor, kenapa saya perlu menunjukkan pada semua orang yang saya sudah kalah? sudah jatuh? orang tu dah bertepuk tangan dan bergembira disebabkan kejatuhan saya. saya harus bangkit, harus bangun dan tunjukkan yang saya masih lagi kuat untuk berdepan dengan semua dugaan ini.

Bila en.kaunselor cakap macam tu, saya tersentak dan terfikir, aku dah lama jatuh rupanya. shit! saya dah abaikan diri saya sendiri. semua aktiviti rutin harian saya terganggu disebabkan kejadian bodoh ini. saya tak dapat fokus aktiviti apa yang saya nak buat, apa yang saya suka, apa yang ingin saya lakukan, saya kurang berblogger, saya kurang bersosial, keluar dengan kawan2 pun tidak. memang betul cakap en.kaunselor, saya dah mendera diri sendiri, kesihatan tidak dijaga dengan baik. astagfirullahal'azim, begitu lalainya saya. 

en.kaunselor kata, benda tu dah berlaku pun. nak putar balik masa pun tak boleh. tak perlu nak dikenang, tak perlu nak fikir dah...pedulikan apa orang nak kata.. ain kena yakin pada diri sendiri.. 

en.kaunselor juga cakap, ain adalah unik. saya tidak sama seperti perempuan2 yang lain seperti yang dia kenal. tak sama seperti si polan2.. ain adalah perempuan yang tabah, matang, kuat, ada prinsip diri, tegas dengan pendirian walaupun sifat lemah lembut tu masih ada. so, apa kata keluarkan sifat "kuat" awak tu dan berhadapan dengan masalah kecik ni dengan hati yang terbuka. saya betul2 sedar pada masa itu. kenapa saya boleh jatuh? ini bukan diri saya yang sebenar!

Dugaan yang ain lalui nie adalah dugaan yang sangat kecil. belum lagi jumpa yang besar2 lagi. perjalanan ain di dunia nie sangat panjang dan luas. kalau benda hal kecik nie pun ain dah mengalah, apatah lagi dugaan yang besar menanti? *hurmmm, baik!*. Allah swt hanya mengutuskan dugaan sekecil ini pada ain. so, ain kena la tabah dan kuat. lagipun, Allah swt menghantar dugaan mengikut kemampuan kita. Dia tak akan menyusahkan kita jika dugaan itu di luar kemampuan kita.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
[Al-Baqarah: 286]

saya baru teringat kata2 awak dulu, "selepas ini, bermulalah bermacam2 dugaan yang mungkin besar atau kecil. awak kenalah tabah menghadapi semua tu".kepercayaan antara satu sama lain juga penting. walaupun apa yang berlaku, kita harus kena ada saling percaya. trust each other. jika hilang kepercayaan itu, musnahlah segala2nya.

Cik Ain Niel

Sunday, June 9, 2013

B!cara Tentang Hat! Ku


Cik A!n Niel


Hati saya begitu unik dan sukar dikawal..Kerana adanya hati ini,, saya menjadi lawan dan kawan..Hati ini menyayangi dan mampu juga membenci...Hati ini juga mampu bersedih dan juga bergembira..Hati ini mampu melahirkan perasaan, maka hati itu berasal dari mana?
 
Manusia mengucapkan kata-kata dengan hati, menunjukkan keikhlasannya. Manusia menggunakan hati untuk mewujudkan ikatan dan meleraikan persahabatan. Jika tindakan itu adalah pucuknya, maka hati itu adalah suria. Seperti bunga matahari yang memandang teriknya matahari. Itulah hati..

Dalam kehidupan ku seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi ku dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. Alangkah indahnya sekiranya ada seseorang yang boleh membuatkan aku lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun dengan hanya melihat wajahnya. Dan sesungguhnya aku telah berjumpa dengan seseorang itu.

  Kata-kata yang terucap di bibir ku sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakah yang berlaku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi.

Wahai hati ku, Janganlah engkau menangis, jangan bersedih, hapus keraguan di dalam hati ku ini. Percayalah padaNYA, Yang Maha Pemberi Cinta, bahawa ini hanya likuan hidup yang pasti berakhir. Yakinlah saat itu pasti 'kan tiba......

Waha! !nsan Mengert!lah Hat! Ku

Andainya awak tahu, dalam hati saya,ada naluri untuk disayangi,ada rasa untuk diberi perhatian,
ada rasa untuk didengari keluh kesah ku,ada waktu2 minta ditemani 
kesedihan ku,

Andainya awak tahu rajuk saya bukan minta di pujuk,
Marah saya perlu di dekati,
Sedih saya perlu di dengari,
Gembira saya ingin di kongsi,

Andai awak tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk dimanjai,
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai awak tahu hati ini akan sentiasa bertanya,
Pada diri saya,
Wujudkah cinta itu di hati awak atau yang bernama lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah saya atau seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2..

By =) Cik A!n N!el

Tuesday, May 28, 2013

Hayat! Dan Faham!

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali. 

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu 
tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup !

Sunday, May 12, 2013

Keluarga S! D!a Nak Jumpa !!


Keluh kesah dibuatnya memikirkan pertemuan pertama dengan bakal mertua..Harap2 boleh dapat ‘markah’ penuhlah ya!!! Tak tidur malam dibuatnya...Nak pakai baju apa ya?? Nak bawa buah tangan atau tidak?? Aduh, rusingnya kepala !!!

Jika anda bakal mengalami situasi ini, BLOG MY STORY akn memberikan beberapa tip ringkas yang boleh diguna pakai agar anda lebih kelihatan bersedia saat berhadapan dgn bakal ibu dan bapa mertua...Selamat Mencuba Ya !!!!! n_n

*      Tip Ringkas

MASA

Ò Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dgn bakal mertua, adalah pada hari2 keraian dan ‘bersempena’ seperti pada hari raya atau apa2 majlis di mana tuan rumah (bakal mertua) mengalu2kan kedatangan anda..Jika anda dtg ke rumahnya pada hari2 biasa..tdk dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda,pastinya keadaan akn menjadi sedikit janggal.

BUAH TANGAN ♥

Ò Tak perlu yang mahal2..cukuplah sekadar membelikan karipap,pisang atau buah2an ketika dlm perjalanan ke rumah mereka..Ini sudah memadai.

¨ JAGA PENAMPILAN ¨

Ò Perkara yang harus dijaga..Selain kemas dan bersih,elakkan memakai pakaian yang kurang sopan di mata org tua.

~ Bagi si Dara eloklah berbaju kurung,dress,jubah ataupun blaus bersama palazzo atau skirt..Jgn pula mengenakan skinny jeans bersama peplum ketat.
~ Bagi lelaki pula, kenakan kemeja berkolar atau sekadar t-shirt kosong tanpa corak..Tapi jgn pula keterlaluan.


HORMAT ORG TUA

Ò Selain member salam dan berjabat tangan, anda digalakkan mencium tangan org tuanya ketika bersalam agar mereka lebih terasa dihormati.
~ Untuk Si Dara, eloklah bersalaman bersentuh pipi  dgn ibunya agar lebih mesra.

BUTIR PERIBADI

Ò Jujurlah dgn mereka tentang latar belakang anda..Katakan  kepada mereka tentang perancangan  masa depan anda agar mereka yakin dgn keperibadian anda.Ikhlas hati dgn setiap butir bicara yang dituturkan.

¨ JANGAN BONGKAK ¨

Ò Tidak memainkan hidung tinggi ! ( Jgn bangga diri ).. Anda haruslah merendah diri serta jaga perasaan ibu bapanya.

© RAJIN-RAJIN DIRI ©

Ò Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dgn duduk dan berbual2... Tetapi bagi si dara pula, eloklah tunjukan sedikit kerajinan anda..seperti membuat air, membasuh pinggan selepas makan.

TOPIK PERBUALAN

Ò Sebelum anda bertandang ke rumahnya adalah seharusnya kamu selidik minat dan kecenderungan mereka terlebih dahulu..Tanyalah pada si dia apakah kedua2 ibu bapanya suka.. Sekuarng2nya anda tdk terkulat2 memikirkan apa y perlu diborakkan.Jgn sepatah ditanya, sepatah juga kamu menjawab. Itu alamatnya kamu gagal diperingkat awal !!

¨ MANIS BERBICARA ¨

Ò Bahasakan diri dgn panggilan ‘saya’ dan panggil lah mereka dgn panggilan yang sesuai.

Itu sahaja daripada saya untuk kali ini..Terima Kasih kerana sudi membaca.. Selamat mencuba ya !! n_n

Thursday, March 28, 2013

Selamat Hari Lahir Sahabat Ku

بسم الله الرحمن الرحيم

Buat sahabatku .. 
yang akan menyambut hari lahirnya pada 31 Mac nie
Smoga panjang umur lagi dirahmati 
Semoga dimurahkan rezki lagi diberkati 
Smoga hari-hari yang mendatang adalah hari-hari yang terindah buatmu..insyaAllah... 
Semoga tabah mengharungi segala ujian yang Allah berikan... 
Aku sentiasa disisimu... 
Semoga detik-detik waktu yang berlalu 
Adalah kebahagiaan yang tak hilang 
Semoga dengan bertambah usiamu 
Akan bertambah iman di dadamu 

Selamat Hari Lahir.. 
Jadilah dirimu permata hati jauhari 
Bercahaya gemerlapan pada insan di sisi 
Kekalkan senja dengan keindahan 
Jangan ada hujan membawa ke malam 
Jadilah dirimu seorang hamba mengabdi 
Bersyukur berzikir basah di bibir 
Redha dengan setiap ketentuan takdir 
Dan jadilah dirimu sendiri 
Berakhlak dengan sunnah nabi 

Selamat Hari Lahir.. 
Ikhlas dari hati seorang teman 
Terima kasih atas setiap kebaikan 
Jutaan penghargaan atas kebesaran jiwa yang kau hamparkan 
Moga Allah memberi ganjaran 
Syukurku pada Allah atas pertemuan 
Moga ukhwah akan berkekalan 
Maafkan diri ini yang serba kekurangan 
Yang tak sunyi melakukan kesilapan 

Selamat Hari Lahir sahabatku 
selamat hari lahir permata hatiku 
berbahagialah selalu dalam rahmat Ilahi 
di dunia dan di akhirat yang abadi.. 
Amiinn...


Warkah ucapan selamat hari lahir ini ku coretkan khas buat sahabat
yang masih dilanjutkan usia oleh-Nya untuk meneruskan perjuangan
di bumi Allah agar lebih taat kepada-Nya sebagai tanda syukur.
Selamat Hari Lahir Sahabat!
Engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang
dalam keadaan keluh kesah.
Maafkan aku jika mempunyai salah laku atau bicara..


Terima kasih sahabat.. walau kau jauh beribu batu..
dlm ingatan tdk akan lenyap..
"Bukan bibir ini berbicara, namun jiwa ini berbahasa..."
dalam lamunan ku yakinkan kaulah teman kebahagian.."

 Rindu dia rindu dia sangat, Life is nothing without friendship... ;)

khas buat sahabatku =)


Monday, March 25, 2013

Khas Buat Teman2 Ku n_n


Amat sukar dicari apa itu kawan.....Inikan pula kawan sejati...
Tetapi sepanjang perjalanan kehidupan ini
Aku mula mengerti siapa kawan....
kawan dan sahabat yang sentiasa membimbing aku ke jalanNya
Aku gembira, rasa hiba tiada dirasa...Jika ada sahabat dan kawan bersamaku..

Sejak dibangku sekolah lagi..Aku bersama-sama korang menuntut ilmu hingga tiada penghabisan..Disitu aku mengenali yang mana kawan dan yang mana lawan...Bukan aku memilih tapi aku cuba melakar corak kehidupan...agar aku dapat menjaga akhlak serta disiplin diri tatkala jauh dimata ibu dan ayah Dan aku yakin kerana sahabat dan kawan yang baik dapat membimbing aku ke jalan Ilahi

Dan kian dewasanya aku...Aku bertemu dengan lebih ramai kawan..
Hidup aku penuh warna..Bagai pelangi yang cantik coraknya....
Menghiasi awan biru kehidupan aku
Aku hargai setiap mereka yang hadir mewarnai dan menghiasi keindahanku
Terima kasih kepada korang semua kerana tidak jemu bersamaku
Dari dulu, kini dan hingga keakhirnya
Moga kita sentiasa bersama hanya keranaNya

Disini kawanku semuanya yang ku kenali....walau dimanapun kita kenali...Korang sentiasa bertahta disanubariku ....Aku memohon kemaafan atas segala salah silap ku sepanjang perkenalan kita
Aku tahu banyak salahku dan banyak jua kesalahan ku selaku 
sahabat dan kawan mu, maafkan diri yang tidak pernah sempurna ini. 

Aku akan merindui korang yang jauh dariku...
Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan
Yang kininya hanya boleh dikenang ...
Aku harap korang juga masih terkenang masa lalu kita bersama
suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan 
Biar ia bersemi untuk selamanya....
Aku sayang korang semua....terima kasih untuk segala2Nya...

Friday, March 22, 2013

Memilih? atau Dipilih? ♥

Dalam hidup nie....kita memiliki dua pilihan....iaitu Memilih? atau Dipilih? 
Jika kita memilih, maka kita hendaklah pilih yang terbaik buat diri kita..
Dan jika kita dipilih, maka kita hendaklah jadi yang terbaik buatnya....


Sunday, February 17, 2013

Duhai Sahabat Ku


Sahabat,
saat ku jatuh cinta..
Tak akan ku berucap.. Tak akan ku berkata.. Namun ku hanya akan diam.. Saat ku mencintai, takkan pernah ku menyatakan. Tak akan ku luahkan.. Yang ku lakukan hanyalah diam..

Sahabatku,
saat kau mencintai seseorang, Maka cintailah ia dalam hening. Dalam diam.. Tak perlu kau lari, tak perlu kau hindari. Namun juga, jangan kau sikapi dgn berlebihan. Jangan kau leraikan rasamu itu. Dan,percayalah pada Takdir.. Allah telah mengatur apa yang terbaik untuk kita.. Jadi, apa yang kau risaukan? Biarkan Allah yg mengaturnya, Dan yakinlah di tangan-Nya semua akan baik-baik saja..

Cubalah renungkan...
Dia yang kau cinta, belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu.. Dia yang kau puja, yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam, Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?

Sahabatku ,
kita tak tahu dan tak akan pernah tahu.. Hingga saatnya tiba.. Namun ternyata kelak bukan kau yg dia pilih untuk mendampingi hidupnya? Maka tawan hatimu sendiri dalam sangkar keimanan..

Dalam jeruji kesetiaan.. Maka cintailah dlm hening. Agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu, Maka cukuplah Allah dan kau yg tahu segala rasamu..

Sahabat... yg kau perlukan hanya waktu, sabar dan percaya.. Maka, peganglah kendali hatimu, Lalu..Arahkan pdNya.. Dan cintailah dalam diam.. Dalam hening.. Itu jauh lebih indah.. Jauh lebih suci..InsyaAllah Ameen ya Rabbal Alamin..~

Saturday, February 9, 2013

Tabahkan Hati Mu

Allah menguji keikhlasan hati bila kita bersendirian...Allah juga memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah..Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan...Tapi Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang..kecuali Allah menggantikannya dengan apa yang lebih baik daripada yang kita sayangi...


Tuesday, January 8, 2013

Motivasi Untuk Diri

Setiap dugaan pasti dtg dlm setiap hidup semua org..tidak kira darjat..pasti dtg dugaan itu.. Sebab Allah nak uji dan melihat setabah mana hambaNya yang sanggup menghadapi sesuatu dugaan itu.. Terpulang pada diri dan iman kita untuk melalui saat2 sedih dan duka...


     Assalamualaikum semua..Alhamdulillah saya dah okay sekarang nie..Semakin hari semakin baik.. Walaupun pada mulanya agak susah untuk terima ats apa yang menimpa pada saya tempoh hari atau sebelumnya.. Tapi saya kuatkan juga semangat dalam diri nie..Saya terima seadanya ats semua dugaan yang menimpa.. Mungkin ada hikmah disebalik semua perkara yang terjadi..Saya redha Ya Allah..dan sekarang nie saya cuba untuk lalui hari demi hari mcm biasa..cuba untuk kembalikan ceria dan kegembiraan yang selalu saya suka buat sepatutnya..Kita tak boleh berduka terlalu lama kalau tak, Allah tengok seseorang hambaNya itu sangat lemah untuk menjalani satu demi satu ujian yang Allah hantarkan..

Siapa lagi yang nak bagi sepenuh motivasi..Siapa lagi yang nak bagi sokongan..Siapa lagi yang nak pulihkan semangat kalau bukan dari dalam diri kita sendiri..Betul tak korang ??

Kawan2 yang baca blog saya sekarang nie..saya ucapkan terima kasih sangat2..Seikhlasnya dari hati saya sebab sudi beri sokongan dan semangat pada saya..mungkin untuk lupakan apa yang terjadi memang susah tapi yang paling penting kita kena usaha untuk teruskan hidup yang akan datang..

Satu benda yang paling kita kena percaya " Allah mesti ada dekat sebelah kita atau dimana kita berada "

cik Ain