(◕‿◕) whatever you are, be a good one (◕‿◕) (◕‿◕) Nur Ainil Akhma Binti Bahtiar (◕‿◕)

Sunday, June 9, 2013

B!cara Tentang Hat! Ku


Cik A!n Niel


Hati saya begitu unik dan sukar dikawal..Kerana adanya hati ini,, saya menjadi lawan dan kawan..Hati ini menyayangi dan mampu juga membenci...Hati ini juga mampu bersedih dan juga bergembira..Hati ini mampu melahirkan perasaan, maka hati itu berasal dari mana?
 
Manusia mengucapkan kata-kata dengan hati, menunjukkan keikhlasannya. Manusia menggunakan hati untuk mewujudkan ikatan dan meleraikan persahabatan. Jika tindakan itu adalah pucuknya, maka hati itu adalah suria. Seperti bunga matahari yang memandang teriknya matahari. Itulah hati..

Dalam kehidupan ku seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi ku dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. Alangkah indahnya sekiranya ada seseorang yang boleh membuatkan aku lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun dengan hanya melihat wajahnya. Dan sesungguhnya aku telah berjumpa dengan seseorang itu.

  Kata-kata yang terucap di bibir ku sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakah yang berlaku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi.

Wahai hati ku, Janganlah engkau menangis, jangan bersedih, hapus keraguan di dalam hati ku ini. Percayalah padaNYA, Yang Maha Pemberi Cinta, bahawa ini hanya likuan hidup yang pasti berakhir. Yakinlah saat itu pasti 'kan tiba......

No comments:

Post a Comment