Andainya awak tahu, dalam hati saya,ada naluri untuk disayangi,ada rasa untuk diberi perhatian,
ada rasa untuk didengari keluh kesah ku,ada waktu2 minta ditemani
kesedihan ku,
Andainya awak tahu rajuk saya bukan minta di pujuk,
Marah saya perlu di dekati,
Sedih saya perlu di dengari,
Gembira saya ingin di kongsi,
Andai awak tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk dimanjai,
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,
Kerana andai awak tahu hati ini akan sentiasa bertanya,
Pada diri saya,
Wujudkah cinta itu di hati awak atau yang bernama lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sayangilah saya atau seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2..
By =) Cik A!n N!el
No comments:
Post a Comment