Bila en.kaunselor cakap macam tu, saya tersentak dan terfikir, aku dah lama jatuh rupanya. shit! saya dah abaikan diri saya sendiri. semua aktiviti rutin harian saya terganggu disebabkan kejadian bodoh ini. saya tak dapat fokus aktiviti apa yang saya nak buat, apa yang saya suka, apa yang ingin saya lakukan, saya kurang berblogger, saya kurang bersosial, keluar dengan kawan2 pun tidak. memang betul cakap en.kaunselor, saya dah mendera diri sendiri, kesihatan tidak dijaga dengan baik. astagfirullahal'azim, begitu lalainya saya.
en.kaunselor kata, benda tu dah berlaku pun. nak putar balik masa pun tak boleh. tak perlu nak dikenang, tak perlu nak fikir dah...pedulikan apa orang nak kata.. ain kena yakin pada diri sendiri..
Dugaan yang ain lalui nie adalah dugaan yang sangat kecil. belum lagi jumpa yang besar2 lagi. perjalanan ain di dunia nie sangat panjang dan luas. kalau benda hal kecik nie pun ain dah mengalah, apatah lagi dugaan yang besar menanti? *hurmmm, baik!*. Allah swt hanya mengutuskan dugaan sekecil ini pada ain. so, ain kena la tabah dan kuat. lagipun, Allah swt menghantar dugaan mengikut kemampuan kita. Dia tak akan menyusahkan kita jika dugaan itu di luar kemampuan kita.
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
[Al-Baqarah: 286]
Cik Ain Niel
No comments:
Post a Comment