(◕‿◕) whatever you are, be a good one (◕‿◕) (◕‿◕) Nur Ainil Akhma Binti Bahtiar (◕‿◕)

Sunday, November 10, 2013

Debu Kecil Itu

BismiLlah.
Assalamualaikum wa salam mahabbah.

Menjadi debu kecil untuk membina satu mahligai yang besar. Mana mungkin satu tamadun terbina tanpa struktur. Tanpa batu bata manakan struktur itu terteguh. Dan bata itu sendiri terhasil dari debu-debu kecil.

Mungkin kadang-kadang kita terfikir,
'layak lah aku untuk melakukan hal ini dan hal itu?'
'Mampukah aku untuk berjuang dan menempuh segala liku?'
'Usaha sekecil ini untuk membangun Islam seakannya tidak perlu..'

Tapi kita terlupa,di sebalik jayanya Sultan Muhammad alFateh membuka konstatinopel itu ada tentera-tentera yang setiap hela nafas berbakti. Di belakang Sultan Salahuddin ada ibu-ibu yang menyumbang tenaga menyediakan makanan dan merawat sesiapa yang luka.

Terlupakah kita pada kisah burung kecil yang menyudu air bagi memadamkan api marak menyala yang di dalamnya berada Nabi Ibrahim? apabila ditanya kenapa,jawabnya 'mungkin air ini tak mampu memadamkan api itu. Namun sekurang-kurangnya aku sudah berusaha dan punya jawapan andai ditanya Allah suatu hari nanti..'

Senyum, tanya khabar, berzikir. Walhal setiap sendi yang mengutip sampah juga bakal dikira. Kerana firmanNya,
   "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8)

Tapi andai berkeyakinan dan punya keupayaan, apa salahnya andai kita ke hadapan mengantikan Sultan Salahuddin dan alFateh membebaskan bumi alAqsa dan Syria. Apa salahnya andai kita membina impian tinggi ke Firdausi. Apa salahnya andai kita berusaha luar biasa demi syurga yang luar biasa juga indahnya. Tak salah kan? ;)

Usahalah.
Allah hitung.
Yakin.

No comments:

Post a Comment