Keluh
kesah dibuatnya memikirkan pertemuan pertama dengan bakal mertua..Harap2 boleh
dapat ‘markah’ penuhlah ya!!! Tak tidur malam dibuatnya...Nak pakai baju apa
ya?? Nak bawa buah tangan atau tidak?? Aduh, rusingnya kepala !!!
Jika anda bakal mengalami
situasi ini, BLOG MY
STORY akn
memberikan beberapa tip ringkas yang boleh diguna pakai agar anda lebih
kelihatan bersedia saat berhadapan dgn bakal ibu dan bapa mertua...Selamat
Mencuba Ya !!!!! n_n
Tip
Ringkas ™
♣ MASA ♣
Ò Antara waktu yang paling
sesuai untuk pertama kali bertemu dgn bakal mertua, adalah pada hari2 keraian
dan ‘bersempena’ seperti pada hari raya atau apa2 majlis di mana tuan rumah
(bakal mertua) mengalu2kan kedatangan anda..Jika anda dtg ke rumahnya pada
hari2 biasa..tdk dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda,pastinya
keadaan akn menjadi sedikit janggal.
♥ BUAH TANGAN ♥
Ò Tak perlu yang mahal2..cukuplah sekadar membelikan
karipap,pisang atau buah2an ketika dlm perjalanan ke rumah mereka..Ini sudah
memadai.
¨ JAGA PENAMPILAN ¨
Ò Perkara yang harus dijaga..Selain kemas dan
bersih,elakkan memakai pakaian yang kurang sopan di mata org tua.
~ Bagi si Dara eloklah berbaju kurung,dress,jubah
ataupun blaus bersama palazzo atau skirt..Jgn pula mengenakan skinny jeans
bersama peplum ketat.
~ Bagi lelaki pula, kenakan kemeja berkolar atau
sekadar t-shirt kosong tanpa corak..Tapi jgn pula keterlaluan.
♥ HORMAT ORG TUA ♥
Ò Selain member salam dan berjabat tangan, anda
digalakkan mencium tangan org tuanya ketika bersalam agar mereka lebih terasa
dihormati.
~ Untuk Si Dara, eloklah bersalaman bersentuh pipi dgn ibunya agar lebih mesra.
♣ BUTIR PERIBADI ♣
Ò Jujurlah dgn mereka tentang latar belakang
anda..Katakan kepada mereka tentang
perancangan masa depan anda agar mereka
yakin dgn keperibadian anda.Ikhlas hati dgn setiap butir bicara yang dituturkan.
¨ JANGAN BONGKAK ¨
Ò Tidak memainkan hidung tinggi ! ( Jgn bangga diri )..
Anda haruslah merendah diri serta jaga perasaan ibu bapanya.
© RAJIN-RAJIN DIRI ©
Ò Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih
sesuai dgn duduk dan berbual2... Tetapi bagi si dara pula, eloklah tunjukan
sedikit kerajinan anda..seperti membuat air, membasuh pinggan selepas makan.
♣ TOPIK PERBUALAN ♣
Ò Sebelum anda bertandang ke rumahnya adalah seharusnya
kamu selidik minat dan kecenderungan mereka terlebih dahulu..Tanyalah pada si
dia apakah kedua2 ibu bapanya suka.. Sekuarng2nya anda tdk terkulat2 memikirkan
apa y perlu diborakkan.Jgn sepatah ditanya, sepatah juga kamu menjawab. Itu
alamatnya kamu gagal diperingkat awal !!
¨ MANIS BERBICARA ¨
Ò Bahasakan diri dgn panggilan ‘saya’ dan panggil lah
mereka dgn panggilan yang sesuai.
Itu sahaja daripada saya untuk kali ini..Terima Kasih
kerana sudi membaca.. Selamat mencuba ya !! n_n
No comments:
Post a Comment