(◕‿◕) whatever you are, be a good one (◕‿◕) (◕‿◕) Nur Ainil Akhma Binti Bahtiar (◕‿◕)

Sunday, June 23, 2013

Nifsu Syaaban

Hari ini hari terakhir bulan Rejab dan esok bermulalah bulan Syaaban...Seperti bulan Rejab, bulan Syaaban juga mempunyai kelebihan,keistimewaan dan kebaikannya yang tersendiri. Kalau bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban pula adalah bulan Rasulullah dan bulan Ramadhan pula bulan umatnya. Kalau bulan Rejab istimewa dengan Israk Mikraj manakala bulan Syaaban pula istimewa dengan Nisfu Syaaban. Bulan Syaaban ialah bulan menghapuskan dosa dan bulan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa....

Antara kebaikan dan kelebihan beribadat dalam bulan Syaaban ialah:

1). Barang siapa berpuasa tiga hari pada awal bulan Syaaban, tiga hari pada pertengahan, dan tiga hari pada akhir bulan Syaaban akan mendapat pahala seperti 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.

2). Doa orang-orang yang beriman akan dimakbulkan.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

"Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." (Riwayat: Abdullah Umar)


3). Mohonlah keampunan pada malam Nisfu Syaaban kerana pada malam itu pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini , pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba’, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya."


Begitulah sedikit sebanyak kebaikan,keistimewaan dan kelebihan bulan Syaaban. Marilah kita tingkatkan amalan kita dan rebutlah peluang yang ada.

Friday, June 21, 2013

Sebuah Perp!sahan Kepada Sebuah Pertemuaan



Sedihnya hati atas perpisahan ini. Mungkin juga bukan perpisahan tetapi satu pemutusan pada hubungan persahabatan. Aku rasa sedih. Sahabat harapanku telahpun aku tinggalkan yang selama ini menjadi pendorong untuk aku sentiasa berada pada landasannya. Aku tidak layak untuk bersahabat dengannya. Terasa hina diri ini untuk bersahabat dengannya. Ya Allah, hanya Kau sahaja yang mengetahui betapa beratnya hatiku pada peninggalan ini. Aku tidak sanggup menahan kesedihan pada ‘penghargaannya’. Aku tidak kuat.

Ya Allah, Ya Rahman…kuatkanlah aku, kuatkanlah aku, kuatkanlah aku sesungguhnya aku tidak kuat ya Allah atas pemergian ini. Namun aku tidak sanggup berada di sisinya, aku gembira berada di sisinya tetapi aku sedih atas ‘layanannya’, bertambahlah sedihku untuk meninggalkannya. Semoga Kau akan kurniakan aku sesuatu yang lebih baik..hanya pada-Mu aku berserah, hanya pada-Mu aku memohon pertolongan, sesungguhnya Kaulah zat yang paling menghargai apa yang aku lakukan untuk-Mu ya Allah..

Tuesday, June 18, 2013

Bangk!t Semula

"ain harus bangkit dari semua nie". betul cakap en.kaunselor, kenapa saya perlu menunjukkan pada semua orang yang saya sudah kalah? sudah jatuh? orang tu dah bertepuk tangan dan bergembira disebabkan kejatuhan saya. saya harus bangkit, harus bangun dan tunjukkan yang saya masih lagi kuat untuk berdepan dengan semua dugaan ini.

Bila en.kaunselor cakap macam tu, saya tersentak dan terfikir, aku dah lama jatuh rupanya. shit! saya dah abaikan diri saya sendiri. semua aktiviti rutin harian saya terganggu disebabkan kejadian bodoh ini. saya tak dapat fokus aktiviti apa yang saya nak buat, apa yang saya suka, apa yang ingin saya lakukan, saya kurang berblogger, saya kurang bersosial, keluar dengan kawan2 pun tidak. memang betul cakap en.kaunselor, saya dah mendera diri sendiri, kesihatan tidak dijaga dengan baik. astagfirullahal'azim, begitu lalainya saya. 

en.kaunselor kata, benda tu dah berlaku pun. nak putar balik masa pun tak boleh. tak perlu nak dikenang, tak perlu nak fikir dah...pedulikan apa orang nak kata.. ain kena yakin pada diri sendiri.. 

en.kaunselor juga cakap, ain adalah unik. saya tidak sama seperti perempuan2 yang lain seperti yang dia kenal. tak sama seperti si polan2.. ain adalah perempuan yang tabah, matang, kuat, ada prinsip diri, tegas dengan pendirian walaupun sifat lemah lembut tu masih ada. so, apa kata keluarkan sifat "kuat" awak tu dan berhadapan dengan masalah kecik ni dengan hati yang terbuka. saya betul2 sedar pada masa itu. kenapa saya boleh jatuh? ini bukan diri saya yang sebenar!

Dugaan yang ain lalui nie adalah dugaan yang sangat kecil. belum lagi jumpa yang besar2 lagi. perjalanan ain di dunia nie sangat panjang dan luas. kalau benda hal kecik nie pun ain dah mengalah, apatah lagi dugaan yang besar menanti? *hurmmm, baik!*. Allah swt hanya mengutuskan dugaan sekecil ini pada ain. so, ain kena la tabah dan kuat. lagipun, Allah swt menghantar dugaan mengikut kemampuan kita. Dia tak akan menyusahkan kita jika dugaan itu di luar kemampuan kita.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
[Al-Baqarah: 286]

saya baru teringat kata2 awak dulu, "selepas ini, bermulalah bermacam2 dugaan yang mungkin besar atau kecil. awak kenalah tabah menghadapi semua tu".kepercayaan antara satu sama lain juga penting. walaupun apa yang berlaku, kita harus kena ada saling percaya. trust each other. jika hilang kepercayaan itu, musnahlah segala2nya.

Cik Ain Niel

Sunday, June 9, 2013

B!cara Tentang Hat! Ku


Cik A!n Niel


Hati saya begitu unik dan sukar dikawal..Kerana adanya hati ini,, saya menjadi lawan dan kawan..Hati ini menyayangi dan mampu juga membenci...Hati ini juga mampu bersedih dan juga bergembira..Hati ini mampu melahirkan perasaan, maka hati itu berasal dari mana?
 
Manusia mengucapkan kata-kata dengan hati, menunjukkan keikhlasannya. Manusia menggunakan hati untuk mewujudkan ikatan dan meleraikan persahabatan. Jika tindakan itu adalah pucuknya, maka hati itu adalah suria. Seperti bunga matahari yang memandang teriknya matahari. Itulah hati..

Dalam kehidupan ku seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi ku dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. Alangkah indahnya sekiranya ada seseorang yang boleh membuatkan aku lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun dengan hanya melihat wajahnya. Dan sesungguhnya aku telah berjumpa dengan seseorang itu.

  Kata-kata yang terucap di bibir ku sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakah yang berlaku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi.

Wahai hati ku, Janganlah engkau menangis, jangan bersedih, hapus keraguan di dalam hati ku ini. Percayalah padaNYA, Yang Maha Pemberi Cinta, bahawa ini hanya likuan hidup yang pasti berakhir. Yakinlah saat itu pasti 'kan tiba......

Waha! !nsan Mengert!lah Hat! Ku

Andainya awak tahu, dalam hati saya,ada naluri untuk disayangi,ada rasa untuk diberi perhatian,
ada rasa untuk didengari keluh kesah ku,ada waktu2 minta ditemani 
kesedihan ku,

Andainya awak tahu rajuk saya bukan minta di pujuk,
Marah saya perlu di dekati,
Sedih saya perlu di dengari,
Gembira saya ingin di kongsi,

Andai awak tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk dimanjai,
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai awak tahu hati ini akan sentiasa bertanya,
Pada diri saya,
Wujudkah cinta itu di hati awak atau yang bernama lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah saya atau seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2..

By =) Cik A!n N!el