Sunday, February 17, 2013
Duhai Sahabat Ku
Sahabat,
saat ku jatuh cinta..
Tak akan ku berucap.. Tak akan ku berkata.. Namun ku hanya akan diam.. Saat ku mencintai, takkan pernah ku menyatakan. Tak akan ku luahkan.. Yang ku lakukan hanyalah diam..
Sahabatku,
saat kau mencintai seseorang, Maka cintailah ia dalam hening. Dalam diam.. Tak perlu kau lari, tak perlu kau hindari. Namun juga, jangan kau sikapi dgn berlebihan. Jangan kau leraikan rasamu itu. Dan,percayalah pada Takdir.. Allah telah mengatur apa yang terbaik untuk kita.. Jadi, apa yang kau risaukan? Biarkan Allah yg mengaturnya, Dan yakinlah di tangan-Nya semua akan baik-baik saja..
Cubalah renungkan...
Dia yang kau cinta, belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu.. Dia yang kau puja, yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam, Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?
Sahabatku ,
kita tak tahu dan tak akan pernah tahu.. Hingga saatnya tiba.. Namun ternyata kelak bukan kau yg dia pilih untuk mendampingi hidupnya? Maka tawan hatimu sendiri dalam sangkar keimanan..
Dalam jeruji kesetiaan.. Maka cintailah dlm hening. Agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu, Maka cukuplah Allah dan kau yg tahu segala rasamu..
Sahabat... yg kau perlukan hanya waktu, sabar dan percaya.. Maka, peganglah kendali hatimu, Lalu..Arahkan pdNya.. Dan cintailah dalam diam.. Dalam hening.. Itu jauh lebih indah.. Jauh lebih suci..InsyaAllah Ameen ya Rabbal Alamin..~
Saturday, February 9, 2013
Tabahkan Hati Mu
Allah menguji keikhlasan hati bila kita bersendirian...Allah juga memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah..Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan...Tapi Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang..kecuali Allah menggantikannya dengan apa yang lebih baik daripada yang kita sayangi...
Tuesday, January 8, 2013
Motivasi Untuk Diri
Setiap dugaan pasti dtg dlm setiap hidup semua org..tidak kira darjat..pasti dtg dugaan itu.. Sebab Allah nak uji dan melihat setabah mana hambaNya yang sanggup menghadapi sesuatu dugaan itu.. Terpulang pada diri dan iman kita untuk melalui saat2 sedih dan duka...
Assalamualaikum semua..Alhamdulillah saya dah okay sekarang nie..Semakin hari semakin baik.. Walaupun pada mulanya agak susah untuk terima ats apa yang menimpa pada saya tempoh hari atau sebelumnya.. Tapi saya kuatkan juga semangat dalam diri nie..Saya terima seadanya ats semua dugaan yang menimpa.. Mungkin ada hikmah disebalik semua perkara yang terjadi..Saya redha Ya Allah..dan sekarang nie saya cuba untuk lalui hari demi hari mcm biasa..cuba untuk kembalikan ceria dan kegembiraan yang selalu saya suka buat sepatutnya..Kita tak boleh berduka terlalu lama kalau tak, Allah tengok seseorang hambaNya itu sangat lemah untuk menjalani satu demi satu ujian yang Allah hantarkan..
Siapa lagi yang nak bagi sepenuh motivasi..Siapa lagi yang nak bagi sokongan..Siapa lagi yang nak pulihkan semangat kalau bukan dari dalam diri kita sendiri..Betul tak korang ??
Kawan2 yang baca blog saya sekarang nie..saya ucapkan terima kasih sangat2..Seikhlasnya dari hati saya sebab sudi beri sokongan dan semangat pada saya..mungkin untuk lupakan apa yang terjadi memang susah tapi yang paling penting kita kena usaha untuk teruskan hidup yang akan datang..
Satu benda yang paling kita kena percaya " Allah mesti ada dekat sebelah kita atau dimana kita berada "
cik Ain
Tuesday, January 1, 2013
Happy New Year 2013
Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui...Coretan demi coretan telah memenuhinya, kadang tak bererti, kadang tanpa makna..dan tahun ini telah meninggalkan kita tentang..Sejarah kehidupan serta catatan suka dan duka kehidupan kita.. Semoga di tahun ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.. In Sya Allah..
Daripada Cik Ain
Itu Anugerah
Hidup ini adalah satu anugerah daripada Ilahi..Benar kebenaran itu berada di mana - mana dalam tawa..dalam duka..dalam nyata..mahupun yang sedang lena..hidup ini adalah benar...sebab kebenaran itu berada di mana-mana sahaja..walaupun masa membatasi segalanya..Dalam senang..dalam susah..hidup ini benar...namun..hanya tercipta bagi mereka yang peka Melihat Dunia !!!
Anugerah Terindah Daripada Ilahi
Thursday, December 13, 2012
Surat Buat Sahabat Ku
Kata-kata dibawah
ini untuk korang
yang telah berada dihatiku sejak sekian lama
Moga persahabatan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa
yang telah berada dihatiku sejak sekian lama
Moga persahabatan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa
Kita berjumpa kerana takdir...Kita berkawan
kerana kasih sayang...Kita bersama kerana hati. Kita bergaduh kerana harga
satu ikatan...TAPI yang paling penting, SEMUANYA
KERANA ALLAH TAALA...TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya satu
Jalinan Hati..Satu Rahsia Rasa.. Yang mempunyai sejuta maksud pada
jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan..
TERIMA KASIH, Tiada yang lebih indah dalam
kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenalimu, sahabatku...Mengingati teman tanda persahabatan.. Mengingati mati
sumber kekuatan iman. .Mengingati hari akhirat semulia-mulia ingatan. .Mengingati
ALLAH itu lah ketenangan..
Indah
"PELANGI" kerana "WARNA".
Indah "TAMAN" kerana "BUNGA".
Indah "HATI" kerana "AKHLAK".
Indah "HIDUP" kerana "KEJUJURAN.
Indah "DUNIA" kerana "UKHUWWAH" antara kita.
TRUE
FRIENDS are like morning, You can't have THEM the whole day, But You
can be sure THEY will be there ,when you wake up tomorrow, next week, next
year and forever..Bila ucapan salam dikirim dari jauh, tiada
kata dapat didengar. .tiada senyumana yang dapat dilihat.. TAPI apa yang
dapat dirasai, CUMA doa ikhlas dari hati yang mengingati...
Teman yang bertahta dihatiku bukanlah yang aku
khaskan ciri-cirinya agar sempurna segala-galanya dimata. Tetapi Teman yang ku hargai
dan ku sayangi yang bertahta dihatiku adalah yang dirinya berjiwa hamba kepada
Ilahi, kerana sifat kehambaannya itu umpama takzirah bergerak yang selalu
mengingatkan ku padaNya. Membuat hatiku tak upaya melupakannya. Subhanallah~
Secebis
senyum membawa seribu makna, Sedetik rindu adalah satu perjuangan,
Satu ingatan bersemi didalam doa dari sahabat untuk sahabatnya~
Ya Rabbi, selimuti istirehat sahabatku ini dengan
kemuliaanMu, Hapuskan segala kesusahan dari hatinya. Bangunkan dirinya saat
tahajud Mu tiba, Rahmati dirinya kala waktu subuhMu menyapa, Hamparkan
waktu-waktu yang diinfakkan kerana Mu dengan sebaik-baik amalan. Perkenankanlah
Ya Allah.. Aku mungkin sekadar pelangi dalam hidup mu. Hadir ku tanpa disapa,
hilang ku tak membawa apa-apa, tapi mengenali mu satu anugerah berharga dari "Yang Maha Esa".
Ya Allah, andai sahabatku resah, tenangkanlah
hatinya dengan teduhan ma'rifah Mu, andai dirinya terancam, lindungilah
jasadnya dengan kebesaranMu..andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah
kehangatan kasih sayang Mu. .Rindukan jiwanya dengan saat bertemu dengan Mu. Ya
Allah, jangan kau biarkan hati,jiwa,jasadnya terpesona dengan duniawi, Khusyukkan
hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu. Berikanlah kejayaan dunia
dan akhirat kepadanya. Ammiinnn
I
ask Allah to.. make you happy, make you smile,guide you safely through every
mile, grant you wealth, give you health and most of all grant you a successful
life. InsyaAllah.
Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya, Zohormu
gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu keampunan, Isyakmu keberkatan dan doamu
diterima dan diluaskan rezekimu serta ianya tidak diambil semula dan dibuka
padamu pintu SYURGA tanpa sempadan. Ammiinnn.
Ya Allah, aku rindu mujahidahku ini, sampaikan
ingatan dan rindu dari jauh ini, setulus hati buat sahabat pada jalanMu,
pelihara ukhuwah kami agar kekal mekar berpaksikan cintaMu, bertemu kami dalam
takdirMu, berpisah kami dengan izinMu, Moga bertemu di Jannah FirdausMu. Ya
Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku tetap bersyukur ditemukan
dengan teman seperti sahabatku ini, mungkin padanya ada segalanya yang tak
pernah ku selami. Mungkin padanya letaknya apa yang ku impikan selama ini. Tapi
jika aku seorang teman yang tak menghargai, ampunilah dosaku Ya Allah, dan
kurniakanlah kegembiraan dan rahmat Mu kepada temanku ini.
Dijalan Allah persahabatan ini bukan milikku, dan
bukan jua milikmu, Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui
segala rahsia. Kerana Dialah..aku mengenali mu dan kerana Dia juga telah
menetapkan kita mengukir kenangan. Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan
kasih sayang, Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya. InsyaAllah.
Dari
(IMAM
AL-GHAZALI) -> Ukhwah
itu bukan letaknya pada manisnya ucapan dibibir atau pada indahnya pertemuan,
tetapi dalam ingatan seseorang kepada temannya dalam doanya.
Ya Allah,
tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas
kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku, Kau jadikanlah
sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, peniup semangat jihad ku, saling
membantu memikul amanah dakwah agama Mu, Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai
atas redhaMU, teguhkan atas Cinta PadaMu.. Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan
hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amiinn.
Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.
Sahabat yang baik adalah seiring dengan ku dan menjaga nama baik ku ketika
hidup atau selepas mati. Ku hulur tangan kepada sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan merasa senang.
::Saya sayang sahabat
saya::
::Kita semua sahabat selamanya::
::Kita semua sahabat selamanya::
Yang
Benar,
NUR AINIL AKHMA BINTI
BAHTIAR
Sunday, December 9, 2012
Hati Ini
Aku merenung jauh bintang di langit...terasa damai
menyapa meskipun hati ku masih sedih dgn apa yang terjadi....terasa air mata ku
ingin jatuh lagi mengenangkan diri ku yang masih bnyak problem..Terasa diri ku lemah tatkala nie..Aku mengeluh
entah untuk berapa kali..Air mata ku perlahan2 menuruni lekuk-lekuk pipi
ku.. Terasa sebak memandangkan aku terpaksa menghadapi dugaan nie
keseorangan.. Biarlah aku keseorangan..mungkin aku akn belajar erti
kehidupan.. Ya Allah engkau tabah kan lah aty hamba mu dan berikan lah
kesabaran pada ku untuk tempuh segala dugaan dan cabaran mu.. Moga aku mampu
untuk menghadapinye.....
Subscribe to:
Posts (Atom)


