(◕‿◕) whatever you are, be a good one (◕‿◕) (◕‿◕) Nur Ainil Akhma Binti Bahtiar (◕‿◕)

Thursday, December 13, 2012

Surat Buat Sahabat Ku


Kata-kata dibawah ini untuk korang
yang telah berada dihatiku sejak sekian lama
Moga persahabatan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa

Kita berjumpa kerana takdir...Kita berkawan kerana kasih sayang...Kita bersama kerana hati. Kita bergaduh kerana harga satu ikatan...TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA...TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya satu Jalinan Hati..Satu Rahsia Rasa.. Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan..

TERIMA KASIH, Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenalimu, sahabatku...Mengingati teman tanda persahabatan.. Mengingati mati sumber kekuatan iman. .Mengingati hari akhirat semulia-mulia ingatan. .Mengingati ALLAH itu lah ketenangan..

Indah "PELANGI" kerana "WARNA". 
Indah "TAMAN" kerana "BUNGA". 
Indah "HATI" kerana "AKHLAK". 
Indah "HIDUP" kerana "KEJUJURAN. 
Indah "DUNIA" kerana "UKHUWWAH" antara kita.


TRUE FRIENDS are like morning, You can't have THEM the whole day, But You can be sure THEY will be there ,when you wake up tomorrow, next week, next year and forever..Bila ucapan salam dikirim dari jauh, tiada kata dapat didengar. .tiada senyumana yang dapat dilihat.. TAPI apa yang dapat dirasai, CUMA doa ikhlas dari hati yang mengingati...

Teman yang bertahta dihatiku bukanlah yang aku khaskan ciri-cirinya agar sempurna segala-galanya dimata. Tetapi Teman yang ku hargai dan ku sayangi yang bertahta dihatiku adalah yang dirinya berjiwa hamba kepada Ilahi, kerana sifat kehambaannya itu umpama takzirah bergerak yang selalu mengingatkan ku padaNya. Membuat hatiku tak upaya melupakannya. Subhanallah~

Secebis senyum membawa seribu makna, Sedetik rindu adalah satu perjuangan, 
Satu ingatan bersemi didalam doa dari sahabat untuk sahabatnya~


Ya Rabbi, selimuti istirehat sahabatku ini dengan kemuliaanMu, Hapuskan segala kesusahan dari hatinya. Bangunkan dirinya saat tahajud Mu tiba, Rahmati dirinya kala waktu subuhMu menyapa, Hamparkan waktu-waktu yang diinfakkan kerana Mu dengan sebaik-baik amalan. Perkenankanlah Ya Allah.. Aku mungkin sekadar pelangi dalam hidup mu. Hadir ku tanpa disapa, hilang ku tak membawa apa-apa, tapi mengenali mu satu anugerah berharga dari "Yang Maha Esa".

Ya Allah, andai sahabatku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifah Mu, andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu..andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah kehangatan kasih sayang Mu. .Rindukan jiwanya dengan saat bertemu dengan Mu. Ya Allah, jangan kau biarkan hati,jiwa,jasadnya terpesona dengan duniawi,  Khusyukkan hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu.  Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya. Ammiinnn

I ask Allah to.. make you happy, make you smile,guide you safely through every mile, grant you wealth, give you health and most of all grant you a successful life. InsyaAllah.

Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu keampunan, Isyakmu keberkatan dan doamu diterima dan diluaskan rezekimu serta ianya tidak diambil semula dan dibuka padamu pintu SYURGA tanpa sempadan. Ammiinnn.

Ya Allah, aku rindu mujahidahku ini, sampaikan ingatan dan rindu dari jauh ini, setulus hati buat sahabat pada jalanMu, pelihara ukhuwah kami agar kekal mekar berpaksikan cintaMu, bertemu kami dalam takdirMu, berpisah kami dengan izinMu, Moga bertemu di Jannah FirdausMu. Ya Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku tetap bersyukur ditemukan dengan teman seperti sahabatku ini, mungkin padanya ada segalanya yang tak pernah ku selami. Mungkin padanya letaknya apa yang ku impikan selama ini. Tapi jika aku seorang teman yang tak menghargai, ampunilah dosaku Ya Allah, dan kurniakanlah kegembiraan dan rahmat Mu kepada temanku ini.

Dijalan Allah persahabatan ini bukan milikku, dan bukan jua milikmu, Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. Kerana Dialah..aku mengenali mu dan kerana Dia juga telah menetapkan kita mengukir kenangan. Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang, Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya. InsyaAllah.

Dari (IMAM AL-GHAZALI) -> Ukhwah itu bukan letaknya pada manisnya ucapan dibibir atau pada indahnya pertemuan, tetapi dalam ingatan seseorang kepada temannya dalam doanya.

Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, peniup semangat jihad ku, saling membantu memikul amanah dakwah agama Mu, Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas redhaMU, teguhkan atas Cinta PadaMu.. Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amiinn.

Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring dengan ku dan menjaga nama baik ku ketika hidup atau selepas mati. Ku hulur tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.

::Saya sayang sahabat saya::
::Kita semua sahabat selamanya::
                                                                                                                        Yang Benar,
NUR AINIL AKHMA BINTI BAHTIAR

No comments:

Post a Comment