Antara cita cita luar biasa ku ialah ingin melihat dan merasai syurga...
Tapi cita2 luar biasa ku didunia belum selesai lagi..
Aku belum mampu selalu membuat orang sekelilingku tersenyum dan bahagia selalu.. Masih banyak perlu diperbaiki.. Kadang terleka dan alpa.. Jadi terbiasa sampai lupa tujuan asal aku kedunia...
Menjadi pencinta setia.. Pencinta yang membahagiakan semua.. Kenapa.. Kerana ada nya nafsu yang belum terdidik.. Kerana ada nya hati yang ingin membela diri.. Sakit.. Sakit nya dengan diri sendiri sehingga boleh menyakiti.. Mana pergi cita cita luar biasa... Bangun lagi. Teruskan lagi misi
cita2 ini...
Sampai nadi berhenti..Pucat berseri... Maafkan aku Allah..maafkan diriku belum mampu membawa kamu menjadi seperti yang Allah mau... Wahai nafsu berkerjasamalah dengan ku agar sama sama kita menempuh dunia tanpa meninggalkan noda.
Aku yang rindukan kematian yang indah. Dan keabadian syurga yang tidak bertepi keindahan nya..
Mungkin betul aku lah bidadari..
Bidadari yang tanpa sayap dan penuh dosa..
No comments:
Post a Comment