(◕‿◕) whatever you are, be a good one (◕‿◕) (◕‿◕) Nur Ainil Akhma Binti Bahtiar (◕‿◕)

Monday, December 15, 2014

Apa Dah Jadi


Hai blog nampaknya lama dah aku tak updatekan..maklumlah busy urmmmmmm..terlebih dahulu ak nak minta maaf atas semua yang dah berlaku...aku pun tak tahu apa yang dah terjadi dekat diri ak...disebabkan ini ak buat kerja bodoh....arrhhhhhhhhhh ainil why??????????? kaw gila apa!!!!!! benda dah jadikan....so kaw tanggunglah akibatnya...ak tahu ia makan masa yang lama nak pulih.. sebab ia melibatkan nyawa kaw lah ainil !!!!!!!!!!! kaw baru tahu rasa sakitnya macam manakan... org xtahu rasa sakitnya mcm mne..tapi kaw yang merasa.....aarrhhhhhhhhhhhhhhh apa sebab kaw buat mcm nie...... =( sebabnya.......................................................................................................biar ak simpan sendiri... :( 

Wednesday, October 15, 2014

Tangisan Ku




“BILA KAU LETIH & HILANG SEMANGAT, ALLAH TAHU BETAPA KAU TELAH MENCUBA SEDAYA UPAYA…BILA TANGISANMU BERPANJANGAN DAN HATIMU KEDUKAAN, ALLAH TELAH MENGIRA TITISAN AIR MATAMU…BILA KAU RASA KETINGGALAN & MASA MENINGGALKANMU, ALLAH SETIA DI SISI MU…BILA KAU TELAH MENCUBA SEGALA TAPI TIDAK TAHU TUJUAN,CARILAH ALLAH KERANA DIA ADA JALAN PENYELESAIAN…& BILA SESUATU YANG TAK BERERTI BERLAKU KEPADAMU,KELIRU & KECEWA KETAHUILAH BAHAWA ALLAH ADA JAWAPANNYA…CARILAH DIA DAN SUJUD KEPADANYA…”


Tuesday, September 23, 2014

Nak Bahagia Tapi Tak Sanggup Derita

Assalamualaikum dan selamat malam semua...
Semua orang nak bahagia bukan?
Tipulah kalau tak nak tapi ada sesetengah yang tak mahu derita.
Bila Allah uji sikit-sikit sudah melatah.
tu baru uji-uji manja je tu..
belum berat lagi..
Semoga kita kuat.
Kuat dengan ujian Allah demi mengecap kebahagiaan yang abadi ^_^


Tuesday, September 16, 2014

Bila Lelaki.....

Aku macam dah hilang punca je nak update blog yang menepati selera pembaca sekarang ni. tapi ada satu topik ni aku pasti jadi bacaan popular oleh sesapa je. mungkin penerimaan dan pencernaan tu je la berbeza setiap orang. yang pasti hal ni tak dapat dipisahkan dengan fitrah seorang manusia. PUTUS CINTA. Tapi kali ni berkaitan dgn lelaki. YA. BILA LELAKI PUTUS CINTA. OH! harap si lelaki lelaki yg diluar sana takkan hentam aku dengan entry yang aku publish ni ye. :)
Pernah tengok lelaki putus cinta? Macam mana rasanya? Selalu kita tengok pompuan je kan yang butt heart bagai nak gila bila putus cinta. Act,kalau tengok lelaki rasanya lagi teruk dari kita. Kalau nak ikutkan, mostly lelaki tak suka tunjukkan emosi dorang depan depan kan. Berbeza dengan pompuan yang lebih untuk expresskan emosi terang-terangan sampai habis nak baling bantal bunuh diri semua. Itu nikmat yang Allah bagi kat kita membezakan lelaki & perempuan. How amazing Allah's creatures. Mungkin lelaki ada yang buat begini bila mereka putus cinta :

-cool & act like nothing happened
Lelaki macam ni biasanya aku labelkan sebagai kental. Sapa tahu dia mungkin tak kisah bila putus dengan gf dia kan. Tak pun sapa tahu luaran dia je yang nampak cool tapi hakikatnya dalam hati rasa bagai nak rabak hati tu tahan kecewa. 
-pendiam
Bagi aku lelaki ni jarang jadi pendiam nak nak dengan kwn kwn laki dia yang lain kan. Tapi bila sekali dia dah diam tu, aishh! means ada sesuatu yang terjadi. Putus cinta ni hebat weh boleh buat orang yang dulunya banyak cakap jadi pendiam. Wohoo!
-be someone else instead of himself
Jadi orang lain selain diri dia sendiri. Means that jadi orang lain dalam erti kata perwatakan. Kalau dulu dia jenis yang percayakan perempuan & bila dah putus cinta terus dah pegang prinsip "no women no cry" . Ni lagi dasat. Tapi better tak payah sebab mungkin akan buat diri dia lagi teruk kot sebab menipu diri sendiri. Tapi mungkin jugak tu yang terbaik buat lelaki tu kan. Who knows. * nak mencelah pasal aku kejap. klu utk perempuan, no man no cry lah kan? yeah. tpi kwn aku ckp kt aku mcm ni. no man but still cry. YA. itu semua poyo! haha
-sedih habis!
Sapa yang tak sedih bila putus cinta. Laki biasanya akan rasa sedih dalam sehari 2 macam tu je & then life will going like usual. Hebat tak hebat lelaki ni kan. Kalau kita? bertahun pun mungkin tak kan hilang lagi rasa kecewa tu.tahu tahu pointer terus jatuh merudum tahap dewa. Tak pun terus kena gantung sekolah sbb pencapaian akademik jatuh menjunam sampai tak sempat nk beli pyung terjun dah.TUDIAAA. sampaikan hampir hilang semangat nak teruskan study. Tu padahnya bila putus cinta ni. atototo.
-cari lain/pengganti
Ada yang jenis terus cari pengganti lain. Perghh sekejapnya kan? Tu mungkin cara mereka nak ubat rasa kecewa tu kan. Tapi aku nasihat kan, dear adams,please do not do this if still cant forget your past. It will make your life even become more worse. Tapi kalau nak sangat cari lain nak buat macam mana kan. Dah rasa mcm tak boleh hidup dh klu xda awex ni kan. No women i'll die la konon yer? ergh. Tu aku tak boleh halang lah. Kadang kadang tu pasang sampai 5 pon ada. Klu aku jmp laki cenggini, aku sumbat dlm mangkuk tandas. haha. Damn playboy lah. tapi skrg ni pun perempuan sama naik lah. playgirl ya amat. hish! aku? aku tak playgirl k! giler baik aku ni. setia pada yg satu. haha. serius. mana best jdi playgirl ni. kan kan? :)
-bunuh diri
Ini kalau lelaki yang dah tak de pegangan agama. Terus putus asa bunuh diri sedangkan ada banyak lagi pilihan untuk dia. Think twice triple please. Jangan langgar HAK ALLAH. ajal maut tu semua Allah yg tentukan. 
-berusaha bangun semula
To be honest, adore with this type of boys. Bila dah kecewa, dia lupakan semua yang dah lepas & terus bangun semula. Hebat gila lelaki macam ni. Mybe family n kwn kwn dia byk bg sokongan kat dia. itu awesome ! 
OKAY, Mungkin apa yang aku taip kat sini ada yang tak betul ke apa, tapi aku cuma kasi pandangan je lah. tak salah kan? :) Sebenarnya lelaki bila putus cinta lagi dasyat dari perempuan kalau nak diikutkan. Cuma kita perempuan yang tak tahu apa keadaan mereka bila putus cinta. Betul tak? Tak kira bila bila pun akan terjadi perkara ni,kita kena sentiasa bersedia. Lumrah percintaan, kejap bahagia kejap kecewa. Benda ni semua aku dh lalui malah aku rasa aku tgh lalui. haha. Dan berdasarkan kisah percintaan kwn kwn aku jugak. Alhamdulillah, ada lah dua tiga org kwn aku yg masih kekal bersama pasangan dorang dari dulu smpai lah sekrg. PUTUS CINTA ni benda yg semua org akan lalui, ye tak? cuma bila berlaku je,tetapkan hati pada Allah insyaAllah Allah akan tolong kita. Dalam hidup, ada tenggelam timbulnya, ada pasang surutnya dan ada naik turunnya. Pastikan bibir terus tersenyum dan hati sentiasa bersabar. Lambat laun, derita itu akan mula pergi dan kebahagian pasti akan hadir...

Monday, August 4, 2014

Setelah Sek!an Lama


huhhh. akhirnya, dapat jugak meluangkan masa dgn blog yg sudah sekian lama aku abaikan. Hari ni, berjaya juga log in blog, click dashboard dan seterusnya click button create new post dan tgn mula menaip. Haishh, last update bulan jun, now? dah ogos pun! kesian blog. Tak dipedulikan, dibiar kesunyiaan tanpa ada yg menemani. ecehh. 

Jadi kekok, kekok utk kembali menaip, kekok utk syiok sorg2 dekat entry ni, kekok dlm segala hal yg berkaitan blog. Dan aku benci rasa ini. huhh. okay, cuba utk kembali mcm dlu.


Now, hidup aku dh lain, jauh berbeza dri sebelumnya. Segalanya hampir berubah. Kini aku bergelar pelajar di sebuah university.. baru 8 bulan. Dapat kenal dgn kwn-kwn baru dan org baru..haha, dpt rasa peritnya rindu bila berjauhan dgn keluarga, dpt rasa perlunya ada sifat jimat cermat dlm berbelanja. wahhh wahhh. Pelbagai rasa dapat di rasa. aishh. Aku jugak semakin dewasa, semakin matang dalam berfikir. konon matang sgt la kan. Cuma yg pasti, ketinggian aku tidak bertambah. huh.

Dulu, terlalu byk masa dpt diluang bersama kwn kwn rapat, skrg.. msing msing dh bawak haluan sendiri, mengejar cita cita yg di impi demi meraih sebuah lagi kejayaan semata mata utk membanggakan ibu bapa yg tersyg. ewahhhh, berayat ayat kau Ain. haishh. yg sebenarnya, aku rindu kwn kwn aku. kawan rapat aku...sayang aku..dan aku rindu jugak dkt roommates aku. aishh. 

Sekarang, cuti sem,. sudah penat menjadi penganggur, mahu kerja tapi mama abah x bg. lahaiii nasib. duduk lah dirumah smpi abis cuti sem.. huh. okay, itu yg mampu aku taip sekarang. masih lagi kekok. huwaa. moga ketemu lagi wahai blog kesayangan.


Sunday, August 3, 2014

B!rthday G!rl



Syukur y x terhingga ku ucapkan kehadrat ilahi krana dgn limpah dan kurnianya ku masih lagi bernafas sehingga kini..terima kasih y tak terhingga kpd family ku terutamanya mama dan abah y bnyak memberi semangat..dorongan...serta mendidik Ain supaya mnjadi anak y Berjaya dunia akhirat..y mghormati kedua ibu bapa serta menjadi anak y baik.. terima kasih mama dan abah...kerana tanpa mama n abah tak adalah NUR AINIL AKHMA sekarang nie.



Tak sangka pulak hari ni umur Ain genap 21 tahun. Rasa macam masih belasan tahun jer. Ehem! Hihi. *perasan betulkan* Terima kasih yang tak terhingga buat rakan-rakan yang dah wish birthday kat Ain. Tak kiralah di Facebook, WeChat, Whatsapp,... Sekarang ni, orang tak main dah SMS ni. Semuanya tak sampai sesaat dah KRING KRING *kononnya ringtone notification kat hp*


Walaupun di FB ramai yang wish, Ain akan tetap gigihkan jugak untuk reply wish korang,TERHARU!!! Sekali dalam setahun jer kot. Betul tak? Hehe. Dulu, pernah seseorang ni bagitau.


"Dah ucap Selamat Hari Jadi kat diri sendiri ke tak???"


"ERK!!!"


Semua fikir pelik masa tu. Nak wish diri sendiri? Pelik pulak nak wish sendiri birthday sendiri. Huhu!


"Kita kena wish kat diri kita sendiri dulu. Kiranya kita hargai diri kita sendiri. Dan jugak... kalau tak ada dah orang yang nak wish. Wishlah sendiri. Betul tak???"


Betul jugakan. Hihihi. Btw, HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF! *malu ler*

Terima kasih jugak kat Mr. Muhammad Nurarif Bin Mohd Noorzaly sb sanggup datang jumpa Ain walaupun hanya sekejap dan terima kasih sangat2 sb bagi present..cantik...Ain suka..thank dear.. Dialah orang yang pertama bagi wish mlm tu.. Hehe..nyanyi-nyanyi Happy Birthday lagi tu. Terima kasih Mr. Arif. Uinx2!!!
                            
    

Friday, June 13, 2014

Life



When u lose someone, someone u love. When they break ur heart. It's the hardest thing u could ever go through & no matter how much time has passed, it never really goes away. You may think you're getting better, but then u get a flashback or hear a song that reminds u of a memory & it hits u all over again, all at once, like a stab in the chest. You fall apart, for the hundredth time & u feel like u just want to crawl under a rock & never come out. You love this person with all of ur heart, even though u know u shouldn't. They hurt u worse than you've ever been hurt. They stole ur heart, stole ur happiness, but yet, u still want them & only them. Other people come along & give chances to move on, but u know u don't want to. It upsets u that u might be moving on, because u promised u never would & even if they broke all their promises, u want to keep yours. On top of that, you're terrified, terrified of getting hurt again. But it's not like it matters anyway, at the end of the day you're still thinking about the person who has left u completely broken. U don't want to miss them anymore, u don't want to love them anymore, but u know YOU ALWAYS WILL. true? :)

Sometimes, I'm mad at myself. I'm mad for always being nice. always apologizing for things i didn't do, for getting attached, for making u my life, depending on u, wasting my time on u, thinking about u, forgiving u, wishing for u, dreaming of u.But most of all, for not hating u, which i know i should. But... i just can't. DAMN ! :(

It's the little things he do, that mean the most to me. I know, he will never think of me the way i think of him & that kills me everyday. Sometimes i wish i could hurt him the way he hurt me, but i know if i had the chance to. i wouldn't. I dont know what's worse. missing he or knowing that he don't miss me. erggghhh! I was never supposed to fall so hard & he were never supposed to mean this much to me. He just leave me! What hurts the most is how he made it look so easy.

Dear brain. Dear heart, I know he's all u think about but i think we need to move on! :) Ain ! keep holding on & keep smiling. it's amazing what u can hide just by putting on a smile. Throughout my life. i've loved, i've lied, i've hurt, i've lost, i've missed, i've trusted, i've made mistakes. But most of all, i've learned. :D

Hidup mesti diteruskan walaupun terlalu banyak dugaan. Pengalaman yg menyakitkan mengajar kita untuk menjadi seseorang yg lebih kuat dan tabah. Apa apa pun yg terjadi pastikan bibir anda sentiasa mengukir senyuman! :) 


NOW I LOVE MUHAMMAD NURARIF BIN MOHD NOORZALY

Wednesday, June 11, 2014

Blog Saya ! Hak Saya !



Yeahh. update blog lagi. entry baru lagi. kerap sgt aku update kan? tapi peduli apa aku. Bila bosan tahap gunung everest dtg melanda,dkt blog ni lah aku nk luah segalanya. :) Entry kali ni, aku rasa mcm. erm erm erm. ala ala ala. haha. ntah lah. klu ANDA rasa nk baca, sila kan. klu tak nak. sila sila dan sila lah duduk bersila. eh? hehe. klu rasa xnk baca, dh dh. Mohon tekan X di tab itu ye. :)
Ada sorang mamat ni, dia tanya aku. Kenapa aku duk heppy sgt terjebak dlm dunia blog ni, dan kenapa aku suka sgt menaip n tulis pelbagai jenis entry. Aku buat blog, aku publish pelbagai entry. Itu hak aku. Dan ianya adalah minat aku. Aku suka menulis. Menaip. Ini personal blog aku. 
Bila aku mula menaip entry, aku rasa seronok. Haha. pelik kan? Yeah, kt blog ni aku lepas segala rasa. Marah,benci,dendam,rindu,sayang,cinta. Segala rasa. Aku tulis di blog ni. Dan kdg aku akan publish entry yg bermanfaat utk yg lain tahu. Ilmu pengetahuan atau lawak jenaka. Tapi yg paling byk adalah berkenaan dgn aku sendiri, berkaitan dgn life aku sendiri. Tak salah kan? :) Aku tak kisah org nk baca ke x,. Langsung aku tak peduli sebab aku cuma suka menaip menulis dan bercerita n membaca... ITU AKU dan TAK PERLU ADA SESIAPA HALANG AKU. Sesiapa yg kini berada dlm dunia blog pasti akan faham perasaan aku skrg ni. kan kan kan? SO,please tlg hormat apa yg aku suka, benda apa yg aku minat..owky

Monday, June 9, 2014

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih





Saat kita menempuhi onak duri dunia
Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis tidak henti
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
Dalam terharu, air mata tertumpah juga

Wahai hamba ILAHI
Begitulah kehidupan di dunia
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka
Apa yang ALLAH aturkan untuk kita
Adakalanya kita tersangat gembira, Adakalanya kita tersangat kecewa

Namun… Jangan risau manusia
ALLAH itu tuhan kita, Tuhan yang Maha Luas Kasih SayangNya
Percayalah, ALLAH tidak akan menduga hambaNya
Kecuali untuk melihat hambaNya
Tersenyum di sana, Tertawa di sana, Berbahagia di sana
Insya’Allah di Syurga, Yang mengalir dibawahnya
Sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
Oh, indahnya!

Di dalam hati manusia ada kekusutan
Dan tidak akan terurai, Kecuali menerima kehendak ALLAH S.W.T.

Wahai hamba ALLAH,
Jangan bersedih, kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya.

Kesedihan demi kesedihan
Bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan
Dan dunia yang luas dirasakan sempit Dan tidak lagi berguna.

Padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada ALLAH
Untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah
Serta bebas daripada rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan
Air yang manis akan terasa pahit
Makanan lazat terasa hambar
Bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu

Ingatlah
Tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata
Mengalir hangat di pipi
Lantaran terasa diri kita begitu kerdi di sisi ALLAH
Dan begitu berdosanya diri kita di sisi ALLAH

Wahai hamba ALLAH
Lihat disekeliling kamu
Dan teguhkan pendirianmu
Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah putus asa
Senyuman yang kau berikan
Dan air mata yang kau titiskan
Simpan… jadikan tauladan
Segala yang kau pandang dan dengar
Simpan buat pedoman…:-)

Hey you, think positive okay =)
You don’t know everything
But ALLAH know everything

Don’t be sad…
ALLAH always with you

Wednesday, March 5, 2014

Iz!nkan Aku Bersandar D! Bahu Mu

ingin ada yang mendekap
memeluk dan menjaga ku..

meski nanti aku hanyalah seorang pendengar setia,
yang akan selalu menjadi tempat meluahkan segalah keluh kesah imamku,
tapi tak selalmanya aku mampu sekuat itu,
tak selamanya aku mampu setabah itu..

kerana, ada masa dimana aku pun perlu tempat mengadu,
menangis, dan juga bersandar..
iaitu di bahumu sayang :')

mungkin saat ini aku hanya pandai menitiskan air mata sia-sia..
tapi nanti, aku ialah pengahapus seluruh luka hatimu..
aku akan melindungimu agar tak satitik pun air mata mu yang menitis :)

namun, bila nanti masa aku lemah,
ku mohon engkaulah penumpang ku agar tak jatuh,
bila nanti aku dah tak kuat dan aku memerlukan engkau jadi semangat buat diri ku,
semoga engkau memang ada disana sebagai tenaga baruku..
dan bila nanti aku tak mampu menahan air mata ku lagi,
ku minta, izinkanlah aku bersandar di bahu mu sayang :')

saya sayang dan cintakan awak dunia akhirat 

Monday, February 24, 2014

C!nta



CINTA...

Adalah anugerah terindah yg Allah berikan pada kita...

CINTA...

Akan tumbuh dan bersemi dlm siraman kasih sayang yang tulus...
Sebab CINTA Akan membawa kenyamanan pada jiwa kita, jika kita menjalani dgn keIkhlasan hati
CINTA
Memerlukan pengertian,
Dan CINTA pun akan terasa lebih indah jika kita mampu dan boleh menempatkan CINTA itu ditempat yang terbaik dlm relung hati yang terdalam...
Jadikanlah CINTA Mu
CINTA yg terindah didasar hati Mu...
Kerana CINTA mampu membuat seindah yang kamu inginkan...
Jika didasari oleh ada saling menghormati serta menghargai satu sama lain..



Tuesday, February 18, 2014

MENANG!SLAH


Menangislah jika itu mampu buat hatimu merasa tenang,
kerana Allah kasih pada kita, Allah ciptakan Airmata..

-menangis bukan hanya utk perempuan, tetapi juga lelaki-

perempuan menangis bila rasa tdk kuat, tpi selepas perempuan menangis. mereka semakin tabah
-lelaki menangis, tetapi masih ada sisa sedih di hati mereka, luar mereka tabah, tetapi dalam hati mereka memerlukan sesuatu utk kuatkan diri. percaya pada Allah, Allah mencipta dugaan, utk menguji diri kita..


Friday, January 31, 2014

Buat D!kau Yang Telah D! Miliki

Buat dikau yang dimiliki
terima kasih kerana hadir dalam hidupku ketika ini,
tak terungkap rasa syukur pada Illahi atas hadiah rasa sayang dan cinta ini.
maaf kiranya sayang dan cinta ini tidak mampu mengeringkan air mata duka dan kecewa itu.
maaf kiranya air mata duka dan kecewa itu tetap hadir kelak
aku tak mampu menjanjikan kebahagian yang abadi,
aku tak mampu menjanjikan rasa cinta sepenuh hati yang hakiki.
kerana aku tahu, cinta yang abadi hanya untuk Dia, (Allah)
kerana aku tahu rasa sayang dan cinta ini adalah milikNya.
aku bukan insan sempurna, terlalu banyak cela.
aku juga tak mampu menjanjikan untuk jadi yang terbaik buatmu,tapi aku akn cuba juga
kerana aku tahu, terbaik bagi aku, belum tentu terbaik di mata Illahi.
buat dikau yang dimiliki,
terima kasih di atas sayang dan cinta ini,
terima kasih kerana sudi menerima cela diri ini.
maaf kiranya aku tak seperti yang kau inginkan,
maaf kiranya aku tak mampu beri bahagia yang kau impikan.
maaf kiranya rasa sayang dan cinta ini tak seperti yang kau berikan.
ketahuilah, hadirnya kau dalam hidup ini walau hanya baru seketika adalah nikmat dan anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.

Tuesday, January 28, 2014

Maaf Hat!,Aku T!dak Jujur Dengan_Mu

Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?
Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.
Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.
Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?
Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.
Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?
Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia boleh membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
"Bila Hati itu Bertulang."