(◕‿◕) whatever you are, be a good one (◕‿◕) (◕‿◕) Nur Ainil Akhma Binti Bahtiar (◕‿◕)

Monday, November 25, 2013

Bayangan Cinta

dalam melayari kesepian ini
aku merindui dirimu kasih
setiap nafas dan degupan jantung ini
seringkali memikirkan dirimu
betapa dirimu begitu bermakna
buat diriku kasih
walau kesepian ini amat menyakitkan
namun diri ini tetap menginginkanmu
kerna dirimu ibarat penyuluh
dini aku didalam hening kegelapan
lalu cahaya penyuluh itu menguatkan lagi api cinta kita
kesepian ini jua menerbitkan bibit bibit kasih sayang
kasih yang begitu tinggi nilainya
yang dikau hadiahkan khas buat diriku
tiada mungkin insan lain yang bisa berikan kasih ini pada diriku
walau rentak gerakku sampai keseantero dunia
makna kasih yang tiada duanya
lafaz doa buat dirimu tiada putusnya
melainkan ajal mengakhiri kasih ini
kau yang satu

Monday, November 18, 2013

Oh Masa

Masa lalu adalah satu pelajaran utk kita melalui masa hadapan...
jika masa lalu tidak mampu menjadi pengajaran buat kita, adakah kita akan mengulangi kesilapan yg sama di masa hadapan?
Adakah seumur hidup kita perlu dipenuhi dgn kesilapan yg sama?

Sesuatu yg perlu difikirkkan... fikirkan semula setiap kegagalan kita sebelum ini untuk mencapai kejayaan dimasa depan kita Insya'Allah...

Usik-Usik Hati Untuk Meyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan...

Tuesday, November 12, 2013

Selamat Har! Lah!r Buat Sahabat Ku


Cik Siti Nuratiqah 

Detik demi detik telah berganti menjadi tahun.
Langkah demi langkah pun telah dilalui.
Berbagai hal yang indah dan juga menyakitkan.
Semuanya pasti pernah terjadi 

Hari ini..

Dimana hari yang mungkin istimewa buatmu.
Atau mungkin sebagai hari perenungan buatmu.
Kerana hari ini hari kelahiranmu..
Tapi juga hari berkurangnya usiamu di Dunia ini..

Mungkin..
Banyak mimpi dan harapan..
Doa-doa pun dipanjatkan di hari kelahiranmu.
yang pastinya..
Untuk semua hal yg terbaik dan terindah.
Merubah sifat.
Merubah kepribadian.
Merubah pemikiran
Merubah semuanya menjadi lebih baik lagi..

Selamat ulang tahun.
Selamat hari lahir.

dan berduka untuk berkurangnya usiamu.

Hanya kata kata dan doa yang mampu terucap.
Untuk kamu yang hari ini berulang tahun.

DiKala hari bahagiamu datang..
Dari diriku terucap salam..
Semoga hari-harimu penuh kehangatan..
Disayangi keluarga dan teman seperjuangan..
Dan kepribadianmu semakin matang..
Sentiasa mendekatkan diri pada Tuhan..

Harapanku hatimu diliputi kedamaian..
Jauh dari rasa iri dan dendam..

Teriring sebuah ucapan selamat ulang tahun..
Semoga dirimu dianugerahi Tuhan
dan..
Kepribadian yang semakin menawan..

                                         
Daripada =) Cik Ain Niel

Sunday, November 10, 2013

Debu Kecil Itu

BismiLlah.
Assalamualaikum wa salam mahabbah.

Menjadi debu kecil untuk membina satu mahligai yang besar. Mana mungkin satu tamadun terbina tanpa struktur. Tanpa batu bata manakan struktur itu terteguh. Dan bata itu sendiri terhasil dari debu-debu kecil.

Mungkin kadang-kadang kita terfikir,
'layak lah aku untuk melakukan hal ini dan hal itu?'
'Mampukah aku untuk berjuang dan menempuh segala liku?'
'Usaha sekecil ini untuk membangun Islam seakannya tidak perlu..'

Tapi kita terlupa,di sebalik jayanya Sultan Muhammad alFateh membuka konstatinopel itu ada tentera-tentera yang setiap hela nafas berbakti. Di belakang Sultan Salahuddin ada ibu-ibu yang menyumbang tenaga menyediakan makanan dan merawat sesiapa yang luka.

Terlupakah kita pada kisah burung kecil yang menyudu air bagi memadamkan api marak menyala yang di dalamnya berada Nabi Ibrahim? apabila ditanya kenapa,jawabnya 'mungkin air ini tak mampu memadamkan api itu. Namun sekurang-kurangnya aku sudah berusaha dan punya jawapan andai ditanya Allah suatu hari nanti..'

Senyum, tanya khabar, berzikir. Walhal setiap sendi yang mengutip sampah juga bakal dikira. Kerana firmanNya,
   "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8)

Tapi andai berkeyakinan dan punya keupayaan, apa salahnya andai kita ke hadapan mengantikan Sultan Salahuddin dan alFateh membebaskan bumi alAqsa dan Syria. Apa salahnya andai kita membina impian tinggi ke Firdausi. Apa salahnya andai kita berusaha luar biasa demi syurga yang luar biasa juga indahnya. Tak salah kan? ;)

Usahalah.
Allah hitung.
Yakin.

Friday, November 1, 2013

Wan!ta !Tu Ada T!ga

Apa yang d'maksudkan dgn WANITA ITU ADA TIGA ???

JOM KITA RENUNG2KAN !!!


❁◕ ‿ ◕❁► Wanita Bagaikan Bunga , Mutiara dan Simpanan Yang Tidak Musnah ◄❁◕ ‿ ◕❁ 


❤ Wanita itu bagaikan BUNGA yang cantik mempunyai keindahan yang menakjubkan tanpa kebudayaan dak ketaqwaan, maka dia adalah kesenangan yang sedikit yang akan layu tanpa mendatangkan sesuatu kepada pemiliknya ❤


❤ Wanita itu bagaikan MUTIARA yang menakjubkan pemiliknya dgn nilai cahayanya yang berkilauan, maka dia adalah wanita yang berkebudayaan tanpa disertai ketaqwaan, maka kebudayaan adalah teori yang tak ada gunanya tanpa penerapan dan budi pekerti ❤


❤ Wanita itu bagaikan SIMPANAN yang tidak musnah, iaitu wanita yang berpendidikan lagi solehah, maka ilmunya mendidiknya atas ketaatan serta memimpinnya kepada kebaikan dan pembaikan ❤

❤ Jadilah sebaik2 wanita ^_^ ❤






Tuesday, October 15, 2013

Surat Kepada Kekas!h Hat!

Salam awak,

Malam ini saya tak dapat tido. Cik Lena saya tak tahu pergi ke mana. Jadi apa salahnya saya tuliskan surat ini untuk awak. Walaupun saya tak tahu sama ada perlu saya layangkan surat ini pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan harapan satu hari isinya sampai kepada awak. Saya maklum awak takkan baca tapi saya degil juga untuk menulis.

Awak, ini mengenai soal hati. Soal perasaan. Saya tak tahu bagaimana nak mulakan, tapi yang pasti pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama awak. Ada wajah awak. Ada tawa awak. Ada usikan awak. Ada ‘gila-gila’ awak. Pasti bahagia nanti kan? Andai memang awak yang boleh merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia kenapa tidak?

Seabad lamanya, saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya. Saya tak terlalu kesah seperti sekarang ini.Saya tak perlu serunsing seperti sekarang ini. Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan, akhirnya menjadi agenda utama otak saya. Untuk sesuatu yang saya tak pernah perasan selama ni rupa-rupanya berada di depan mata saya. Sesuatu itu adalah awak. Gila tapi cukup indah.

Bila awak ke utara, dan saya ke selatan, saya pening kadangkala. Mungkin ini namanya suatu proses pemahaman. Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama dapat berada di timur melihat matahari terbit. Saya pasti masa itu kita sudah selari.

Harapan saya, moga awak melihat perkara ini dengan betul-betul serius. Jangan jadikan kata-kata awak hanya gula getah yang dicampak ke longkang. Nanti pencemaran alam.
Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua.

Oleh itu saya simpulkan dalam 3 patah kata, saya sayang awak.

Yang benar,

Tulang rusuk awak sebelah lagi.

Wednesday, July 17, 2013

Doa Buat Mu Teman

Segala pujian itu hanya milikmu wahai Allah penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya. Ya Allah…Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Allah dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya...Ya Allah…Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Allah, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku...Ya Allah…Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Ya Allah…Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu...Ya Allah…Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Doa ku Untuk Mu Teman
By > Cik Ain Niel <