|Kisah silam| Kita mudah menilai dan menghukum seseorang disebabkan kisah lalunya. Sedarkah kita dengan cara sedemikian membuatkan orang yang cuba berubah berasa sangat rendah diri dan terhina. Manusia, mudah sahaja menghukum. Manusia mahukan kesempurnaan sehinggakan tidak mahu langsung menerima kekurangan. Hanya kerana kurangnya yang sedikit, kebaikannya yang lain langsung tidak dipandang.
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan"
Walau besar mana pun kesalahan seseorang, berilah peluang dan terimalah dirinya kerana semua orang mahu menjadi yang terbaik buat diri.
No comments:
Post a Comment