Friday, June 13, 2014
Life
Wednesday, June 11, 2014
Blog Saya ! Hak Saya !
Yeahh. update blog lagi. entry baru lagi. kerap sgt aku update kan? tapi peduli apa aku. Bila bosan tahap gunung everest dtg melanda,dkt blog ni lah aku nk luah segalanya. :) Entry kali ni, aku rasa mcm. erm erm erm. ala ala ala. haha. ntah lah. klu ANDA rasa nk baca, sila kan. klu tak nak. sila sila dan sila lah duduk bersila. eh? hehe. klu rasa xnk baca, dh dh. Mohon tekan X di tab itu ye. :)
Ada sorang mamat ni, dia tanya aku. Kenapa aku duk heppy sgt terjebak dlm dunia blog ni, dan kenapa aku suka sgt menaip n tulis pelbagai jenis entry. Aku buat blog, aku publish pelbagai entry. Itu hak aku. Dan ianya adalah minat aku. Aku suka menulis. Menaip. Ini personal blog aku.
Bila aku mula menaip entry, aku rasa seronok. Haha. pelik kan? Yeah, kt blog ni aku lepas segala rasa. Marah,benci,dendam,rindu,sayang,cinta. Segala rasa. Aku tulis di blog ni. Dan kdg aku akan publish entry yg bermanfaat utk yg lain tahu. Ilmu pengetahuan atau lawak jenaka. Tapi yg paling byk adalah berkenaan dgn aku sendiri, berkaitan dgn life aku sendiri. Tak salah kan? :) Aku tak kisah org nk baca ke x,. Langsung aku tak peduli sebab aku cuma suka menaip menulis dan bercerita n membaca... ITU AKU dan TAK PERLU ADA SESIAPA HALANG AKU. Sesiapa yg kini berada dlm dunia blog pasti akan faham perasaan aku skrg ni. kan kan kan? SO,please tlg hormat apa yg aku suka, benda apa yg aku minat..owky
Monday, June 9, 2014
Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih
Saat kita menempuhi onak duri dunia
Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis tidak henti
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
Dalam terharu, air mata tertumpah juga
Wahai hamba ILAHI
Begitulah kehidupan di dunia
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka
Apa yang ALLAH aturkan untuk kita
Adakalanya kita tersangat gembira, Adakalanya kita tersangat kecewa
Namun… Jangan risau manusia
ALLAH itu tuhan kita, Tuhan yang Maha Luas Kasih SayangNya
Percayalah, ALLAH tidak akan menduga hambaNya
Kecuali untuk melihat hambaNya
Tersenyum di sana, Tertawa di sana, Berbahagia di sana
Insya’Allah di Syurga, Yang mengalir dibawahnya
Sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
Oh, indahnya!
Di dalam hati manusia ada kekusutan
Dan tidak akan terurai, Kecuali menerima kehendak ALLAH S.W.T.
Wahai hamba ALLAH,
Jangan bersedih, kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya.
Kesedihan demi kesedihan
Bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan
Dan dunia yang luas dirasakan sempit Dan tidak lagi berguna.
Padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada ALLAH
Untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah
Serta bebas daripada rasa kesedihan.
Gara-gara kesedihan
Air yang manis akan terasa pahit
Makanan lazat terasa hambar
Bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu
Ingatlah
Tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata
Mengalir hangat di pipi
Lantaran terasa diri kita begitu kerdi di sisi ALLAH
Dan begitu berdosanya diri kita di sisi ALLAH
Wahai hamba ALLAH
Lihat disekeliling kamu
Dan teguhkan pendirianmu
Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah putus asa
Senyuman yang kau berikan
Dan air mata yang kau titiskan
Simpan… jadikan tauladan
Segala yang kau pandang dan dengar
Simpan buat pedoman…:-)
Hey you, think positive okay =)
You don’t know everything
But ALLAH know everything
Don’t be sad…
ALLAH always with you
Subscribe to:
Posts (Atom)