(◕‿◕) whatever you are, be a good one (◕‿◕) (◕‿◕) Nur Ainil Akhma Binti Bahtiar (◕‿◕)

Thursday, October 11, 2012

Tabahkan Hati Ku Ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah Kau ampunilah dosa-dosa ku yang telah ku perbuat...
Kau limpahkanlah daku dgn kesabaran yang tiada terbatas...
Ya Allah...Kuatkan lah hati dan semangatku....
Tabahkan aku menghadapi segala cabaranmu...

Ya Allah sesungguhnya...
Aku lemah tanpa petunjuk mu...
Aku buta tanpa bimbingan mu...
Aku cacat tanpa hidayah mu...
Aku hina tanpa rahmat mu...

Hanya pada mu Ya Allah ku pohon segala harapan...
Kerana ku pasrah dengan dugaan mu...
Kerana aku sedar hinanya aku...
Kerana aku insan yang lemah
Kerana aku leka dengan keindahan dunia mu..
Kerana kurang kesabaran ku dalam menghadapi cabaran mu...
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian mu...

Ya Allah Ya Rasulullah...
Aku hanya ingin menjadi seorang anak , seorang wanita dan seorang hamba yang soleha...
Ya Allah Ya Rasulullah...
Aku hanya ingin menjadi insan yang dirahmati...insan yang dikasihi,disayangi jua insan yang sentiasa dihati..



No comments:

Post a Comment