
Tuesday, September 16, 2014
Bila Lelaki.....

Monday, August 4, 2014
Setelah Sek!an Lama
huhhh. akhirnya, dapat jugak meluangkan masa dgn blog yg sudah sekian lama aku abaikan. Hari ni, berjaya juga log in blog, click dashboard dan seterusnya click button create new post dan tgn mula menaip. Haishh, last update bulan jun, now? dah ogos pun! kesian blog. Tak dipedulikan, dibiar kesunyiaan tanpa ada yg menemani. ecehh.
Jadi kekok, kekok utk kembali menaip, kekok utk syiok sorg2 dekat entry ni, kekok dlm segala hal yg berkaitan blog. Dan aku benci rasa ini. huhh. okay, cuba utk kembali mcm dlu.
Now, hidup aku dh lain, jauh berbeza dri sebelumnya. Segalanya hampir berubah. Kini aku bergelar pelajar di sebuah university.. baru 8 bulan. Dapat kenal dgn kwn-kwn baru dan org baru..haha, dpt rasa peritnya rindu bila berjauhan dgn keluarga, dpt rasa perlunya ada sifat jimat cermat dlm berbelanja. wahhh wahhh. Pelbagai rasa dapat di rasa. aishh. Aku jugak semakin dewasa, semakin matang dalam berfikir. konon matang sgt la kan. Cuma yg pasti, ketinggian aku tidak bertambah. huh.
Dulu, terlalu byk masa dpt diluang bersama kwn kwn rapat, skrg.. msing msing dh bawak haluan sendiri, mengejar cita cita yg di impi demi meraih sebuah lagi kejayaan semata mata utk membanggakan ibu bapa yg tersyg. ewahhhh, berayat ayat kau Ain. haishh. yg sebenarnya, aku rindu kwn kwn aku. kawan rapat aku...sayang aku..dan aku rindu jugak dkt roommates aku. aishh.
Sekarang, cuti sem,. sudah penat menjadi penganggur, mahu kerja tapi mama abah x bg. lahaiii nasib. duduk lah dirumah smpi abis cuti sem.. huh. okay, itu yg mampu aku taip sekarang. masih lagi kekok. huwaa. moga ketemu lagi wahai blog kesayangan.
Sunday, August 3, 2014
B!rthday G!rl
Syukur y x terhingga ku ucapkan kehadrat ilahi krana dgn limpah dan kurnianya ku masih lagi bernafas sehingga kini..terima kasih y tak terhingga kpd family ku terutamanya mama dan abah y bnyak memberi semangat..dorongan...serta mendidik Ain supaya mnjadi anak y Berjaya dunia akhirat..y mghormati kedua ibu bapa serta menjadi anak y baik.. terima kasih mama dan abah...kerana tanpa mama n abah tak adalah NUR AINIL AKHMA sekarang nie.
Tak sangka pulak hari ni umur Ain genap 21 tahun. Rasa macam masih belasan tahun jer. Ehem! Hihi. *perasan betulkan* Terima kasih yang tak terhingga buat rakan-rakan yang dah wish birthday kat Ain. Tak kiralah di Facebook, WeChat, Whatsapp,... Sekarang ni, orang tak main dah SMS ni. Semuanya tak sampai sesaat dah KRING KRING *kononnya ringtone notification kat hp*
Walaupun di FB ramai yang wish, Ain akan tetap gigihkan jugak untuk reply wish korang,TERHARU!!! Sekali dalam setahun jer kot. Betul tak? Hehe. Dulu, pernah seseorang ni bagitau.
"Dah ucap Selamat Hari Jadi kat diri sendiri ke tak???"
"ERK!!!"
Semua fikir pelik masa tu. Nak wish diri sendiri? Pelik pulak nak wish sendiri birthday sendiri. Huhu!
"Kita kena wish kat diri kita sendiri dulu. Kiranya kita hargai diri kita sendiri. Dan jugak... kalau tak ada dah orang yang nak wish. Wishlah sendiri. Betul tak???"
Betul jugakan. Hihihi. Btw, HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF! *malu ler*
Terima kasih jugak kat Mr. Muhammad Nurarif Bin Mohd Noorzaly sb sanggup datang jumpa Ain walaupun hanya sekejap dan terima kasih sangat2 sb bagi present..cantik...Ain suka..thank dear.. Dialah orang yang pertama bagi wish mlm tu.. Hehe..nyanyi-nyanyi Happy Birthday lagi tu. Terima kasih Mr. Arif. Uinx2!!!
Friday, June 13, 2014
Life

Wednesday, June 11, 2014
Blog Saya ! Hak Saya !
![]() |
Yeahh. update blog lagi. entry baru lagi. kerap sgt aku update kan? tapi peduli apa aku. Bila bosan tahap gunung everest dtg melanda,dkt blog ni lah aku nk luah segalanya. :) Entry kali ni, aku rasa mcm. erm erm erm. ala ala ala. haha. ntah lah. klu ANDA rasa nk baca, sila kan. klu tak nak. sila sila dan sila lah duduk bersila. eh? hehe. klu rasa xnk baca, dh dh. Mohon tekan X di tab itu ye. :)
Ada sorang mamat ni, dia tanya aku. Kenapa aku duk heppy sgt terjebak dlm dunia blog ni, dan kenapa aku suka sgt menaip n tulis pelbagai jenis entry. Aku buat blog, aku publish pelbagai entry. Itu hak aku. Dan ianya adalah minat aku. Aku suka menulis. Menaip. Ini personal blog aku.
Bila aku mula menaip entry, aku rasa seronok. Haha. pelik kan? Yeah, kt blog ni aku lepas segala rasa. Marah,benci,dendam,rindu,sayang,cinta. Segala rasa. Aku tulis di blog ni. Dan kdg aku akan publish entry yg bermanfaat utk yg lain tahu. Ilmu pengetahuan atau lawak jenaka. Tapi yg paling byk adalah berkenaan dgn aku sendiri, berkaitan dgn life aku sendiri. Tak salah kan? :) Aku tak kisah org nk baca ke x,. Langsung aku tak peduli sebab aku cuma suka menaip menulis dan bercerita n membaca... ITU AKU dan TAK PERLU ADA SESIAPA HALANG AKU. Sesiapa yg kini berada dlm dunia blog pasti akan faham perasaan aku skrg ni. kan kan kan? SO,please tlg hormat apa yg aku suka, benda apa yg aku minat..owky
Monday, June 9, 2014
Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih
Saat kita menempuhi onak duri dunia
Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis tidak henti
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
Dalam terharu, air mata tertumpah juga
Wahai hamba ILAHI
Begitulah kehidupan di dunia
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka
Apa yang ALLAH aturkan untuk kita
Adakalanya kita tersangat gembira, Adakalanya kita tersangat kecewa
Namun… Jangan risau manusia
ALLAH itu tuhan kita, Tuhan yang Maha Luas Kasih SayangNya
Percayalah, ALLAH tidak akan menduga hambaNya
Kecuali untuk melihat hambaNya
Tersenyum di sana, Tertawa di sana, Berbahagia di sana
Insya’Allah di Syurga, Yang mengalir dibawahnya
Sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
Oh, indahnya!
Di dalam hati manusia ada kekusutan
Dan tidak akan terurai, Kecuali menerima kehendak ALLAH S.W.T.
Wahai hamba ALLAH,
Jangan bersedih, kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya.
Kesedihan demi kesedihan
Bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan
Dan dunia yang luas dirasakan sempit Dan tidak lagi berguna.
Padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada ALLAH
Untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah
Serta bebas daripada rasa kesedihan.
Gara-gara kesedihan
Air yang manis akan terasa pahit
Makanan lazat terasa hambar
Bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu
Ingatlah
Tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata
Mengalir hangat di pipi
Lantaran terasa diri kita begitu kerdi di sisi ALLAH
Dan begitu berdosanya diri kita di sisi ALLAH
Wahai hamba ALLAH
Lihat disekeliling kamu
Dan teguhkan pendirianmu
Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah putus asa
Senyuman yang kau berikan
Dan air mata yang kau titiskan
Simpan… jadikan tauladan
Segala yang kau pandang dan dengar
Simpan buat pedoman…:-)
Hey you, think positive okay =)
You don’t know everything
But ALLAH know everything
Don’t be sad…
ALLAH always with you
Wednesday, March 5, 2014
Iz!nkan Aku Bersandar D! Bahu Mu
ingin ada yang mendekap
memeluk dan menjaga ku..
meski nanti aku hanyalah seorang pendengar setia,
yang akan selalu menjadi tempat meluahkan segalah keluh kesah imamku,
tapi tak selalmanya aku mampu sekuat itu,
tak selamanya aku mampu setabah itu..
kerana, ada masa dimana aku pun perlu tempat mengadu,
menangis, dan juga bersandar..
iaitu di bahumu sayang :')
mungkin saat ini aku hanya pandai menitiskan air mata sia-sia..
tapi nanti, aku ialah pengahapus seluruh luka hatimu..
aku akan melindungimu agar tak satitik pun air mata mu yang menitis :)
namun, bila nanti masa aku lemah,
ku mohon engkaulah penumpang ku agar tak jatuh,
bila nanti aku dah tak kuat dan aku memerlukan engkau jadi semangat buat diri ku,
semoga engkau memang ada disana sebagai tenaga baruku..
dan bila nanti aku tak mampu menahan air mata ku lagi,
ku minta, izinkanlah aku bersandar di bahu mu sayang :')
memeluk dan menjaga ku..
meski nanti aku hanyalah seorang pendengar setia,
yang akan selalu menjadi tempat meluahkan segalah keluh kesah imamku,
tapi tak selalmanya aku mampu sekuat itu,
tak selamanya aku mampu setabah itu..
kerana, ada masa dimana aku pun perlu tempat mengadu,
menangis, dan juga bersandar..
iaitu di bahumu sayang :')
mungkin saat ini aku hanya pandai menitiskan air mata sia-sia..
tapi nanti, aku ialah pengahapus seluruh luka hatimu..
aku akan melindungimu agar tak satitik pun air mata mu yang menitis :)
namun, bila nanti masa aku lemah,
ku mohon engkaulah penumpang ku agar tak jatuh,
bila nanti aku dah tak kuat dan aku memerlukan engkau jadi semangat buat diri ku,
semoga engkau memang ada disana sebagai tenaga baruku..
dan bila nanti aku tak mampu menahan air mata ku lagi,
ku minta, izinkanlah aku bersandar di bahu mu sayang :')
saya sayang dan cintakan awak dunia akhirat
Subscribe to:
Posts (Atom)







