(◕‿◕) whatever you are, be a good one (◕‿◕) (◕‿◕) Nur Ainil Akhma Binti Bahtiar (◕‿◕)

Friday, January 31, 2014

Buat D!kau Yang Telah D! Miliki

Buat dikau yang dimiliki
terima kasih kerana hadir dalam hidupku ketika ini,
tak terungkap rasa syukur pada Illahi atas hadiah rasa sayang dan cinta ini.
maaf kiranya sayang dan cinta ini tidak mampu mengeringkan air mata duka dan kecewa itu.
maaf kiranya air mata duka dan kecewa itu tetap hadir kelak
aku tak mampu menjanjikan kebahagian yang abadi,
aku tak mampu menjanjikan rasa cinta sepenuh hati yang hakiki.
kerana aku tahu, cinta yang abadi hanya untuk Dia, (Allah)
kerana aku tahu rasa sayang dan cinta ini adalah milikNya.
aku bukan insan sempurna, terlalu banyak cela.
aku juga tak mampu menjanjikan untuk jadi yang terbaik buatmu,tapi aku akn cuba juga
kerana aku tahu, terbaik bagi aku, belum tentu terbaik di mata Illahi.
buat dikau yang dimiliki,
terima kasih di atas sayang dan cinta ini,
terima kasih kerana sudi menerima cela diri ini.
maaf kiranya aku tak seperti yang kau inginkan,
maaf kiranya aku tak mampu beri bahagia yang kau impikan.
maaf kiranya rasa sayang dan cinta ini tak seperti yang kau berikan.
ketahuilah, hadirnya kau dalam hidup ini walau hanya baru seketika adalah nikmat dan anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.

Tuesday, January 28, 2014

Maaf Hat!,Aku T!dak Jujur Dengan_Mu

Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?
Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.
Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.
Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?
Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.
Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?
Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia boleh membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
"Bila Hati itu Bertulang."